Monday, 29 November 2010

Belajar dari kehebatan dan kecekalan saudaraku di Gaza






Sudah hampir 5 minggu para relawan A2G berada di tanahair tercinta setelah mengharungi perjuangan selama 40 hari untuk menembusi tembok penjara terbesar di dunia, iaitu Gaza untuk misi bantuan kemanusiaan. Namun, kebanyakan relawan masih lagi merasai manisnya kenangan berada di bumi Gaza walaupun sekadar dua hari. Manakan tidak, saudara - saudara di Gaza melayan kami tak ubah seperti mereka baru sahaja bertemu semula saudara mereka yang telah berpisah selama puluhan tahun. Begitulah hebatnya mereka dalam meraikan tetamu, hinggakan saat kami menjejakkan kaki semula di KLIA, terasa antara percaya dengan tidak yang kami telahpun kembali ke pangkuan keluarga, saudara mara dan sahabat tercinta. Rasanya baru semalam kami baru sahaja berpeluk - pelukan saat berjumpa dengan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh, mendengar khutbahnya dan bersolat di belakangnya di hari Jumaat yang mulia, mendengar rintihan sahabat kami Shaban yang terngiang kata - katanya : "Alhamdulillah, kamu semua boleh mendapatkan rezeki kamu dari laut, darat dan udara... kami di sini juga masih mampu mendapatkan rezeki kami tapi melalui bawah tanah ( terowong )".

Begitulah hebatnya mereka, membina kehidupan di atas runtuhan - runtuhan bangunan dan di celahan tembok yang ditinggalkan kesan dari pengeboman Israel. Keperitan yang ditanggung dan kepedihan yang dirasai tidak pernah menjadikan mereka orang - orang yang sentiasa berputus harap kepada Allah 'azza wa jalla. Sebaliknya, hidup di bawah cengkaman Zionis Yahudi inilah yang menjadikan mereka semakin kuat pergantungan kepada Allah. Tarbiah mereka sentiasa dimantapkan dengan pengisian rohani dan pendekatan Al - Quran yang dijadikan rujukan utama dalam melayari bahtera kehidupan agar tidak melencong dari apa yang telah dilandaskan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sahabat kami, Mohd Nazif ( bergambar bersama Ustaz Rofazlin ) menyatakan :"Selepas kami diserang oleh Israel pada 2008 yang lalu, kami telah berjaya melahirkan 6000 hingga 8000 orang hafiz quran. Kini, bilangan tersebut telah bertambah sehingga 17 000 orang yang terdiri dari mereka yang berumur bawah 20 tahun". Menurut beliau yang juga seorang hafiz Al - Quran, lebih dibanggakan lagi apabila rekod hafazan 30 juzuk al - Quran itu dibuat oleh kanak - kanak berumur 5 hingga 6 tahun dalam masa 2 bulan.

"Setiap kanak - kanak ini akan cuba menghabiskan hafazan sebanyak 10 muka surat sehari. Kebanyakan polis dan tentera di Gaza juga adalah terdiri daripada mereka yang hafaz Al - Quran", tambah beliau lagi. Kami berkeyakinan dengan apa yang dinyatakan oleh beliau itu apabila esoknya kami dibawa melawat ke Masjid Umari ( Masjid yang diubah oleh Saidina Umar dari sebuah gereja ), kelihatan didalamnya terdapat beberapa halaqah kanak - kanak dan remaja yang berusia dari 3 hingga 18 tahun sedang asyik mempelajari dan menghafaz Al - Quran di hadapan guru mereka yang juga masih muda belia.

Apabila ditanya bagaimanakah mereka mengisi rutin kehidupan dengan memasukkan rutin tarbiah dalam kehidupan sehari - hari, beliau menyatakan : "Biasanya, kebanyakan daripada kami mewajibkan diri dengan memulakan kehidupan seawal pagi dengan berqiamullail, membaca al - ma'thusat, membaca serta menghafaz al - Quran setiap hari. Bagi kaum lelaki pula, satu tambahan kepada mereka iaitu bersolat subuh berjemaah hanya di masjid".

Begitulah hebatnya Gaza. Mungkinkah Allah mendatangkan isu mereka kepada umat Islam di seluruh dunia untuk menguji siapakah diantara mereka yang begitu prihatin dalam memperjuangkan isu mereka ini. Di sudut yang lain, sepertimana yang pernah disebutkan oleh sahabat kami, Tn Hj Norazmi Talib, seolah - olah Allah seakan sengaja menjadikan isu Gaza ini kepada kita semua untuk kita mengambil iktibar dan pengajaran serta mempelajari kehebatan mereka dalam meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT dalam keadaan macamana sekalipun kita diuji - diuji dengan kemiskinan, kesihatan, kekakayaan, kemiskinan, peperangan dan sebagainya.

Akhir sekali, bagi kita yang sentiasa merasakan hidup di bumi Malaysia yang dilimpahi dengan kemewahan dan keselesaan ini cukup bertuah, maka perlu juga mengambil sedikit ruang masa untuk memikirkan bahawa keadaan yang kita alami ini sebenarnya menjadikan kita termasuk di dalam golongan orang - orang yang belum diuji oleh Allah. Jika kita tidak diuji, bermakna kita belum mengetahui tahap iman kita yang sebenarnya. Maksud firman Allah :"Apakah kamu mengira yang kamu telah beriman sedangkan kamu belum diuji ?".

Saturday, 27 November 2010

Israel Tidak Henti-henti Mengganas di Tebing Barat



Bukan sahaja kepungan, sekatan, serangan dilakukan rejim Israel di Gaza, di wilayah Palestin di Tebing Barat pula, kezaliman dan keganasan Israel tidak henti-henti dilakukan sama ada secara keganasan mahupun menggunakan peraturan-peraturan yang mereka reka. Menurut berita dari al-Jeera online, bahawa tentera Israel telah merobohkan sebuah masjid dan 1o lagi bangunan di perkampungan Khirbet Yarza.
Dalam satu kenyataan, Kerajaan Palestin menyatakan bahawa usaha mereka untuk membina negara telah bertemu dengan "state destruction by Israel".
Mengikut angka PBB, Israel telah memusnahkan 180 binaan/bangunan di kawasan C Tebing barat pada tahun 2009 termasuk 56 bangunan kediaman.

Berita diambil dari
http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/11/201011251357498144.html

Thursday, 25 November 2010

Warga LHDN Johor bersemangat mendengar perkongsian



Jumaat, 26 NOV 2010 - Perkongsian pengalaman selama 40 hari berkonvoi untuk misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dilalui oleh relawan AQSA SYARIF baru - baru ini terus mendapat tempat dan perhatian warga Malaysia yang sentiasa ingin mengetahui tentang perkembangan yang berlaku di Bumi Palestin khususnya di Gaza. Setelah sebulan menjejakkan kaki di bumi Malaysia semenjak pulang dari misi pada 25 Oktober lalu, para relawan sentiasa dikunjungi dan dijemput untuk menyampaikan perkongsian mereka di seluruh semenanjung Malaysia. Penat lelah yang dirasai dalam perjalanan yang ditempuh selama lebih kurang 40 hari bagaikan tidak terasa setelah melihat banyak agensi kerajaan dan swasta, masjid dan surau, serta sekolah dan berbagai - bagai lagi pejabat - pejabat di syarikat - syarikat kerajaan mahupun swasta yang tidak pernah kurang untuk menjemput wakil - wakil relawan ini bagi mendengar perkongsian mereka.

Pagi tadi, Ustaz Rofazlin Jusoh, salah seorang relawan yang terlibat dalam misi kedua AQSA SYARIF ke bumi Gaza ini telah sempat menyampaikan perkongsian beliau di Dewan utama, pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) negeri johor bersama warga kerjanya. Sesi perkongsian ini dibuat hasil usahasama Persatuan Kebajikan Islam
( PERKIS ) yang dipengerusikan oleh Tn Hj Mohd Hassan. Ustaz Rofazlin banyak menekankan tentang perlunya isu Palestin dan Gaza ini menjadi isu yang sentiasa mendapat tempat dan keprihatinan dari seluruh rakyat Malaysia memandangkan ianya telah pun menjadi isu antarabangsa yang turut diperjuangkan oleh mereka yang terdiri dari orang - orang bukan Islam dan mereka yang tidak beragama ( Atheis ) selain dari orang Islam sendiri.

Lebih dari RM1000 sumbangan kilat berjaya disumbangkan, manakala booth jualan barangan AQSA SYARIF seperti coklat AQSA SYARIF dan muffler mendapat sambutan hangat. Banyak barang habis dijual. Tahniah warga LHDN Johor, moga menjadi contoh kepada LHDN di negeri negri lain.


Khusyuk - hampir 200 memenuhi dewan untuk mendegar sesi perkongsian yang disampaikan. Sebahagian dari peserta ada yang menitiskan airmata.

Pengerusi PERKIS ( bersongkok, paling hadapan ) turut tersentuh mendengar ceramah yang disampaikan ustaz.

( Gambar atas dan bawah )- Booth jualan barangan AQSA SYARIF diserbu sebaik ceramah selesai.



Bergaya dengan muffler yang baru dibeli.

. Muffler habis diborong, Ustaz Rofazlin terpaksa mengambilnya semula di pejabat AQSA SYARIF JB dan menghantarnya semula.

Pembantu jualan mengira duit jualan. Sebanyak RM2163 telah berjaya diperolehi. Tahniah juga, menang membeli...

Sharing Session at 6th Floor Wisma TM Tmn Desa


Askm wrt. Last Tuesday at lunchtime in a meeting room, Azmi Katiman, did a Gaza sharing session at the place above. It was his former office and attended by folks he knew, including his former boss, Hj Hazarudin. Inspired by his earnest talk, the organizer Pn Izlin, will bring Azmi to the main surau of the building in the near future to which Azmi simply replied "bisa buk" (meaning 'ok madam' in Indonesian). RM 231.10 was raised that day.

Tuesday, 23 November 2010

Rakyat Malaysia Menggembirakan Keluarga & Kanak-kanak Pengidap Kanser di Gaza di Aidil Adha








Alhamdulillah Sambutan Eid Adha di Children Cancer Hospital (Rantissi Hospital) di Gaza menggembirakan kanak-kanak di sana apabila Aqsa Syarif Menaja Program tersebut yang diurus Institute Khatwa Youth Gaza. Sumbangan wang tunai yang dibawa sukarelawan Konvoi Aqsa2Gaza VP5 pada 22 Oktober 2010 ke Gaza yang merupakan sumbangan rakyat malaysia melalui Aqsa Syarif telah diserah para relawan A2G ketika misi Aqsa2Gaza tempuh hari di Gaza. Relawan A2G telah melawat Rantisi Hospital dan mengadakan perbincangan dengan Institute Khatwa Youth (IKW) di gaza City. IKW adalah pertubuhan kebajikan yang digerakkan oleh para pelajar universiti Islam gaza dan diketuai oleh Br. Saber.
Majlis yang diadakan pada Hari Raya Eid Adha itu turut dihadiri oleh Pengarah Hospital, para pegawai hospital, kanak-kanak dan ibu bapa para pesakit. Aqsa Syarif turut menyumbangkan wang tunai kepada Hospital berkenaan bagi meniktaraf kemudahan di hospital tersebut. Alhamdulillah. Koleksi foto boleh dilihat di foto album di Facebook berikut ... http://www.facebook.com/profile.php?id=100000223811259

Monday, 22 November 2010

Perkongsian Pengalaman di gaza di majlis Ramah mesra Koperasi Muslimin Johor



22 Nov 2010, Dr Mohd Zin berkesempatan berkongsi pengalaman di gaza di majlis ramah mesra Aidil Adha Koperasi Muslimin Perhubungan Johor. Majlis di adakan di Pejabat Ikram Daerah Keluang. Di hadiri oleh jawatankuasa, ahli-ahli dan keluarga. Koperasi Muslimin Johor mengadakan majlis di atas sebagai aktiviti merapatkan hubungan ukhuwah, mengadakan pengisian tarbiyah dan memberi sumbangan sadaqah kepada sekolah-sekolah agama di Johor. Dr Mohd Zin adalah juga Pengerusi Perhubungan Koperasi Muslimin Negeri Johor.

Dr Mohd Zin di Penang




20 Nov 2010, Dr Mohd Zin diberi peluang menyampaikan pengalaman beliau dan 6 relawan Aqsa Syarif yang berjaya bersama 400 relawan seluruh dunia memasuki Gaza di Masjid Tmn Guar Perahu Seberang Prai Pulau Pinang. Penekanan ceramah selain dari kezaliman rejim Israel terhadap Palestin, ceramah tertumpu kepada bagaimana mengumpulkan dana untuk beberapa projek kritikal yang perlu disegerakan dilaksanakan.
Sebelum itu Dr Mohd Zin hadir di majlis Ihtifal Sek Tahfiz Al-Islah (STAIL) dan juga berpeluang berkongsi secara ringkas pengalaman beliau di Gaza.

Sunday, 21 November 2010

Ceramah Misi Kemanusiaan ke Gaza di Kampung tempat relawan dilahirkan







19 November 2010, di dalam kegelapan jalan kampung, kenderaan dipandu ketua konvoi A2G PM Dr Mohd Zin Kandar meluncur laju merentasi beberapa kampung selepas exit PLUS Simpang Renggam. Simpang empat Parit Madirono dilalui dan membelok ke jalan menuju beberapa kampung yang bermula dengan nama "parit". Akhirnya kenderaan van 12 seater yang membawa anak-anak dan barangan Aqsa Syarif membelok di kawasan balai raya Kg Parit Permatang Sepam. Persekitaran gelap, balam-balam lampu di surau comel di penjuru jalan dengan beberapa ahli jemaah kelihat duduk berborak. Inilah sebenarnya kampung yang mengimbau 1001 nostalgia manis dan pahit, perit dan pedih. Masih terbayang 'kaki ayam' yang melangkah di jalan berlumpur, keringat yang membasahi seluruh tubuh dek kerana panas terik memancar kesebatang tubuh kerdil yang sedang menolak basikal yang dihimpunkan sekitar 8-10 tandan pisang untuk dibawa ke hujung kampung bagi memperoleh seringgit dua bagi keperluan membeli beras dan garam.... "ah... itu 40 tahun dahulu.." bisik hati tubuh sederhana yang sudah berumur setengah abad itu menuruni kenderaannya dan menuju surau berhampiran.

Malam ini adalah di antara hari yang bersejarah. Kerana anak kampung Permatang Sepam ini berpeluang berkongsi pengalamannya menjejak kaki di Gaza dan balik bersama 6 relawan yang lain membawa 'ghanimah' atau 'barangan rampasan perang' selepas berjaya memecahkan sekatan Israel di Gaza. 'Ghanimah' yang perlu dibahagi-bahagikan kepada rakyat Malaysia. Begitulah cerita yang di sampaikan oleh Dr Zin dihadapan sekitar 80 orang kampung yang terdiri dari Pak Imam, Ketua Kampung (En Buang), pakcik-pakcik, makcik-makcik, anak-anak buah dan tak ketinggalan rakan sekelas ketika di sekolah rendah dan menengah di kampung ... lebih 40 tahun yang lalu.

Alhamdulillah. Jualan barangan Aqsa Syarif turut di adakan dan kutipan derma untuk rakyat Gaza turut di lakukan. Jazakallahukhairan semua orang kampung. Jasamu sentiasa dikenang dan dihargai.

Ceramah Pengalaman Konvoi Memecah Sekatan Israel





Alhamdulillah di Johor beberapa ceramah yang disampaikan oleh ketua konvoi A2G PM Dr Mohd Zin telah di adakan di dua Masjid besar iaitu di Bandar Baru Uda pada 12 Nov 2010 dan di Taman Universiti pada 13 Nov 2010. Penekanan ceramah selain menceritakan pengalaman ialah Isu Palestin yang perlu dijiwai oleh semua umat Islam dan peluang-peluang menaja Projek-Projek Pembangunan & Bantuan di Gaza yang dikenalpasti oleh relawan AQSA ketika berada di Gaza. Ust Rofazlin turut memberikan pengalaman beliau di Masjid Tmn Universiti. Program-program dijayakan dengan kerjasama IKRAM daerah-daerah berkaitan dan Aqsa Syarif Negeri Johor. Turut dijual ialah VCD rakaman khutbah Dr Ismail Hanyeh, Perdana Menteri Gaza.

Israeli jets bomb Rafah tunnels

Sat Nov 20, 2010 1:46AM



Israeli warplanes have attacked the tunnels under Rafah in the southern part of the Gaza Strip, which has been blockaded by Israel since 2007.


Palestinian officials said Israeli fighter jets destroyed two tunnels connecting the town of Rafah to neighboring Egypt in an airstrike on Friday night.

No casualties were reported in the attack on the tunnels, which were used to bring in much needed goods.

Earlier in the day, Israeli jets struck two cities in the besieged Gaza Strip, medical sources told a Press TV correspondent in Gaza.

Four people, including two women, were injured when an Israeli plane targeted a home in the central town of Deir al-Balah.

A separate Israeli airstrike on the southern town of Khan Yunis lightly wounded two people, one of them a child.

No other details on the attack in Khan Yunis have been reported.

In another incident on Friday, Israeli gunfire wounded a 22-year-old Palestinian as he collected gravel near the border in northern Gaza.

About 70 Palestinians have been injured and two killed while gathering building materials at the border since the end of the Gaza war in January 2009.

FTP/HGL
NOTA: Israel terus menzalimi rakyat Gaza. Sama-sama kita terus berdo'a dan membantu. Hubungi sukarelawan Aqsa Syarif.

Friday, 12 November 2010

Beberapa sessi perkongsian Gaza oleh Sdr Azmi Katiman

Sekembalinya dari Gaza, Azmi Katiman telah membuat sessi perkongsian kepada masyarakat seperti berikut:

1. Sesi forum di Masjid Mujahideen, Damansara Utama.
bersama dengan rakan sekonvoi Norazmi Talib dan Mohd Yusuf Ahmad
Tarikh: 30/10/2010 (Ahad)
Kehadiran: 300 org
Kutipan: RM2054.30
Jualan: RM 441.50
Gambar:









2. Sessi kongsi pengalaman di Dewan Menara TM sempena majlis konvo rangkaian Tadika Dzuliman
Tarikh: 6/11/2010 (Sabtu)
Kehadiran: 300 org
Kutipan: RM 3100 + 1 anak yatim
Jualan:

3. Ceramah di Padang permainan Taman Tun Teja, Rawang.
Bersama seorang lagi penceramah jemputan Bro Mukram (Jordan)
Tarikh: 6/11/2010 (Sabtu)
Kehadiran: 50 org
Kutipan: RM 710
Gambar:









4. Sessi kongsi pengalaman di surau Al Islah, Putra Heights
Tarikh: 11/11/2010 (Khamis)
Kehadiran: 50 org
Kutipan: RM 864
Jualan:
Gambar:








5. Sessi kongi pengalaman di surau Apartment Casa Subang
Anjuran student Taylor's
Tarikh: 12/11/2010 (Jumaat)
Kehadiran: 50 org
Kutipan: RM 132.40
Gambar:








6. Meja pameran di majlis Itifal
di Hotel Singgahsana
Kutipan: RM 1085.00

Wednesday, 10 November 2010

Perkongsian A2G di Masjid Parit Masjid Pontian


Sukarelawan A2G berpeluang memberikan ceramah di Masjid Pt Masjid pada awal minggu ini selepas solat Maghrib. Dihadiri oleh ahli-ahli jamaah masjid laki-laki dan wanita. Kelihatan biro wanita Masjid menghulurkan sumbangan untuk tabung Gaza kepada Dr Mohd Zin. Tahniah Biro Wanita Masjid yang begitu prihatin.
Pertubuhan IKRAM cawangan Pontian telah dua kali mengadakan program di masjid ini. Pada Ramadhan yang lalu, Program Semarak Ramadhan dengan aktiviti memasak bubur lambuk dan qiam telah di adakan di masjid ini bersama penduduk kampung dan taman berdekatan. Pada Hari raya aidil Adha, majlis korban akan di adakan sekali lagi di Masjid ini.

Sunday, 7 November 2010

Iman Early Learning Centre Sumbang RM25,000



Iman Early Learning Centre (Iman ELC) adalah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pendidikan Islam peringkat awal, tadika dan penjagaan lepasan waktu sekolah. Iman ELC Mempunyai puluhan cawangan di selatan Semenanjung dan Lembah Kelang. Salah satu aktiviti murni yang sering dianjurkan dikalangan staf, guru dan anak-anak yang dididik ialah semangat keprihatinan terhadap mereka yang susah dan memerlukan. Melalui projek tersebut, Iman ELC telah baru-baru ini berjaya membuat kutipan sejumlah dana untuk didermakan kepada mereka yang memerlukan.

Di dalam sesi perkongsian A2G, Pihak Pengerusi Iman ELC, Pn Hjh Mahyati telah berpeluang menyerahkan sejumlah RM25,000 hasil kutipan untuk Palestin kepada relawan A2G Pm Dr Mohd Zin Kandar. Masjlis disempurnakan di Masjid Tmn Sri Pulai Perdana Skudai dan disaksikan oleh sekitar 200 ahli jamaah yang hadir di majlis tersebut.

Mana-mana institusi dan badan-badan korporat boleh membuat penyerahan sumbangan di mana-mana program sessi perkongsian Konvoi A2G yang kini sedang rancak di jalankan di seluruh negara. Sila hubungi Pejabat Aqsa Syarif dan para sukarelawan di tempat anda.

Buletin Aqsa2Gaza - Satu Perkongsian





Bagi rakyat Malaysia yang tidak berpeluang akses internet, tentunya mereka perlu juga dimaklumkan akan isu-isu Palestin dan AQSA. Anda yang budiman boleh mencetak dan mengedarkan kepada rakan dan taulan di tempat masing-masing. Terima Kaseh.