Sunday, 7 November 2010

Relawan A2G berkongsi pengalaman dengan masyarakat Malaysia





Semenjak balik ke tanah air, masyarakat Malaysia sememang ada yang menanti-nanti ingin mendengar pengalaman yang dilalui oleh para relawan A2G. Dari hari pertama mereka kembali di Malaysia, kesemua 7 relawan Aqsa Syarif telah banyak menerima jemputan dari kaum keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat, surau-suaru, masjid-masjid, di pejabat-pejabat, sekolah-sekolah dan dimana jua.

Ini adalah kerana mereka sebenarnya mewakili rakyat Malaysia dan ke Gaza membawa sumbangan-sumbangan rakyat Malaysia yang didermakan melalui Aqsa Syarif. Ramai yang nak tahu apa sebanarnya yang sedang berlaku di Gaza? Bagaimana keadaan kehidupan rakyat Gaza selepas serangan besar-besaran oleh regim Yahudi Laknatullah pada 2008/2009?, Bagaimana rumah-rumah mereka?, Bagaimana mereka yang kehilangan ibu bapa ketika serangan tersebut ?, Bagaimana keadaan rakyat Gaza apabila menghadapi sekatan ekonomi dan kepungan oleh regim Israel dan sekutu-sekutunya? ... banyak lagi persoalan-persoalan yang nak diketahui. Tentunya sebahagian besar jawapannya ada para para relawan yang berpeluang memecahkan sekatan tersebut dan berjaya menyampaikan 140 buah kenderaan berserta barang-barangan dan wang tunai...!

Sila hubungi Ibu Pejabat Aqsa Syarif, wakil-wakil negeri dan daerah-daerah seluruh Malaysia untuk membuat jemputan perkongsian pengalaman mereka. Aqsa Syarif mempunyai 69 wakil di seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment