Thursday 25 November 2010

Warga LHDN Johor bersemangat mendengar perkongsian



Jumaat, 26 NOV 2010 - Perkongsian pengalaman selama 40 hari berkonvoi untuk misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dilalui oleh relawan AQSA SYARIF baru - baru ini terus mendapat tempat dan perhatian warga Malaysia yang sentiasa ingin mengetahui tentang perkembangan yang berlaku di Bumi Palestin khususnya di Gaza. Setelah sebulan menjejakkan kaki di bumi Malaysia semenjak pulang dari misi pada 25 Oktober lalu, para relawan sentiasa dikunjungi dan dijemput untuk menyampaikan perkongsian mereka di seluruh semenanjung Malaysia. Penat lelah yang dirasai dalam perjalanan yang ditempuh selama lebih kurang 40 hari bagaikan tidak terasa setelah melihat banyak agensi kerajaan dan swasta, masjid dan surau, serta sekolah dan berbagai - bagai lagi pejabat - pejabat di syarikat - syarikat kerajaan mahupun swasta yang tidak pernah kurang untuk menjemput wakil - wakil relawan ini bagi mendengar perkongsian mereka.

Pagi tadi, Ustaz Rofazlin Jusoh, salah seorang relawan yang terlibat dalam misi kedua AQSA SYARIF ke bumi Gaza ini telah sempat menyampaikan perkongsian beliau di Dewan utama, pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) negeri johor bersama warga kerjanya. Sesi perkongsian ini dibuat hasil usahasama Persatuan Kebajikan Islam
( PERKIS ) yang dipengerusikan oleh Tn Hj Mohd Hassan. Ustaz Rofazlin banyak menekankan tentang perlunya isu Palestin dan Gaza ini menjadi isu yang sentiasa mendapat tempat dan keprihatinan dari seluruh rakyat Malaysia memandangkan ianya telah pun menjadi isu antarabangsa yang turut diperjuangkan oleh mereka yang terdiri dari orang - orang bukan Islam dan mereka yang tidak beragama ( Atheis ) selain dari orang Islam sendiri.

Lebih dari RM1000 sumbangan kilat berjaya disumbangkan, manakala booth jualan barangan AQSA SYARIF seperti coklat AQSA SYARIF dan muffler mendapat sambutan hangat. Banyak barang habis dijual. Tahniah warga LHDN Johor, moga menjadi contoh kepada LHDN di negeri negri lain.


Khusyuk - hampir 200 memenuhi dewan untuk mendegar sesi perkongsian yang disampaikan. Sebahagian dari peserta ada yang menitiskan airmata.

Pengerusi PERKIS ( bersongkok, paling hadapan ) turut tersentuh mendengar ceramah yang disampaikan ustaz.

( Gambar atas dan bawah )- Booth jualan barangan AQSA SYARIF diserbu sebaik ceramah selesai.



Bergaya dengan muffler yang baru dibeli.

. Muffler habis diborong, Ustaz Rofazlin terpaksa mengambilnya semula di pejabat AQSA SYARIF JB dan menghantarnya semula.

Pembantu jualan mengira duit jualan. Sebanyak RM2163 telah berjaya diperolehi. Tahniah juga, menang membeli...

No comments:

Post a Comment