Friday 5 November 2010

Ketua Konvoi A2G & VPM Menjelaskan Projek Seterusnya di IKIM.FM


Pada Hari Rabu 3 Nov 2010 yang lalu, Radio IKIM sepanjang pagi membawa tema "Apa yang Kita Boleh Lakukan Lagi Untuk Palestin ?". Beberapa pendengar menghubungi radio Ikim dan memberikan pelbagai pandangan. Ada yang mencadangkan agar mengambil pemuda-pemuda Palestin bekerja di Malaysia sebagaimana kita kini mengambil pekerja-pekerja Indonesia dan Bangladesh. Ada yang mencadangkan agar pelajar-pelajar di Mesir lebih aktif membantu Palestin ... dan macam-macam lagi cadangan.

Tetapi agak lain bagi sukarelawan VPM dan Aqsa Syarif yang baru kembali ke tanah air setelah menamatkan misi konvoi jalan darat membawa bantuan ke Gaza serta dapat 'first hand information' mengenai apa sebenarnya yang berlaku dan apa situasi di Gaza.

Di dalam segmen temubual bersama IKIM itu, fokus seterusnya di dalam membantu Palestin khususnya di Gaza ialah dengan melipatgandakan bantuan kewangan yang boleh dibahagi kepada dua tujuan:=

a. Memberi bantuan terus di dalam bentuk kewangan untuk membeli keperluan asas makanan, pakaian, pendidikan mahupun ubat-ibatan.

b. Memberikan bantuan kewangan yang boleh digunakan untuk menjadi modal bagi menjalankan projek-projek yang boleh menjana bidang pekerjaan dan ekonomi.

Aqsa Syarif sendiri telah mengenalpasti 20 projek-projek kritikal dan penting untuk dibantu di gaza yang akan disalorkan melalui NGO2 di sana mahupun melalui kerajaan tempatan. Di antara projek yang disebut ialah bantuan tambahan untuk membesarkan projek ternakan lembu tenusu, bantuan untuk membina kilang roti dan bantuan untuk projek menyediakan sumber air bersih.

Orang ramai dan badan-adan korporat dipelawa memberikan bantuan dan sila hubungi ibu pejabat Aqsa Syarif atau layari laman web www.aqsasyarif.com.

# Relawan bergambar kenang-kenangan dengan DJ Siti dan Sufian di Konti Radio IKIM.FM

No comments:

Post a Comment