Monday, 31 January 2011
Wakil Gaza Menerima Sumbangan Dana dari Koperasi Muslimin
Pengerusi Islamic Society Jabalia Gaza Sdr Abdel Rahim Sihab berkesempatan melawat Ibu Pejabat Koperasi Muslimin di Kuala Lumpur ketika beliau di dalam rangka lawatan rasmi di Malaysia dan beberapa negara di Asia. Kunjungan beliau juga sebagai mewakili (perunding) kepada Majlis Perbandaran Jabalia (Utara Gaza) iaitu mewakili dato' bandarnya mr Essam Joudah. Koperasi Muslimin menyumbang sejumlah RM12,000.00 untuk membantu projek membangun semula Gaza malalui projek-projek yang diuruskan bersama oleh Aqsa Syarif Malaysia. Sekembalinya misi kemanusia Aqsa2Gaza (A2G) Viva palestina 5 pada Okt. 2010, Aqsa Syarif telah bertungkus lumus mengumpul dana bagi membantu 6 projek yang telah dikenalpasti yang perlu dilaksanakan di Gaza. Antaranya ialah Projek Pembangunan Kilang Roti yang dijangka beroperasi pada awal bulan April 2011. Kilang roti tersebut akan menghasilkan roti yang akan diagihkan secara percuma kepada lebih 5000 keluarga miskin di seluruh Gaza selain untuk jualan kepada rakyat Gaza dengan harga berpatutan.
Turut hadir di majlis ringkas di ibu Pejabat Koperasi ialah Ahli Lembaga Koperasi Yang Amat Arif Dato' Ustaz Muhammad Abdullah, Dr Mohd Zin, Pengurus-pengurus Koperasi En Abdul Rahman dan Ust Khairuddin dan aktivis Aqsa Syarif iaitu Tn Hj Norazmi dan En Azmi Katiman. Sdr Abdel Rahim sempat diberi penerangan ringkas berhubung Koperasi Muslimin Malaysia Berhad [http://koperasimuslimin.com.my] yang diwujudkan 30 tahun dahulu bagi membangunkan ekonomi dan sistem kewangan berlandaskan syari'at. Koperasi Muslimin yang kini memiliki aset melebehi RM60 juta dan ahli melebehi 35,000 ahli seluruh Malaysia, mewujudkan tabung al-Abrar yang antara lain adalah untuk membantu ahli dan orang Islam yang ditimpa kesusahan.
Semoga lebih ramai rakyat Malaysia menyertai Koperasi Muslimin dan menyumbang kepada pembangunan ummah di negara ini dan di seantero dunia. Jazakumullahukhairan semua anggota Koperasi Muslimin dari Aqsa Syarif dan rakyat Palestin.
Layari untuk maklumat lanjut Koperasi Muslimin Malaysia Berhad.
http://koperasimuslimin.com.my
Saturday, 29 January 2011
Antara Dua Darjat
Ketika kami menjadi tetamu kepada Sdr Abdel Rahim Sihab di Gaza, kami dibawa di medan juang di Gaza. Sebagai aktivis sosial NGO, Sdr Abdel Rahim mempunyai jadual yang ketat. Sejenak memanjat tangga ke tingkat dua pejabat Islamic Society Jabalia Gaza, kami lantas dibawa dengan kenderaan yang laju menuju kawasan ternakan lembu, industri tenusu dan keju dan kawasan penempatan rakyat yang dizalimi regim Israel di Gaza. Begitulah suasana jihad, perjuangan dan mujahadah di bumi Palestin yang diberkati Allah.
Tengah hari tadi giliran Sdr Abdel Rahim pula menjadi tetamu kami. Tidak ada medan jihad yang kami dapat tunjukkan, hanya sekadar di meja makan, untuk menikmati juadah ... Berdosakah kami ?
Thursday, 27 January 2011
Brother Abdel Rahim: Our Respected NGO Leader from Gaza
Alhamdulillah & Congratulation to our beloved Br. Abdel Rahim Sehab for your outstanding performance in your duty. You are an excellent and active NGO leader in Gaza. May Allah help you in your struggle to help and uplift standard of living of people in Gaza. May Allah grant brighter future for Palestinian and muslim ummah as a whole. Br Abdel Rahim is currently a President of Islamic Society of Jabalia and Consultant of Jabalia Municipality, Gaza. Allahu Akbar...!.
Islamic Society Jabalia: Bukan Sekadar Sebuah Persatuan Islam
Islamic Society jabalia (ISJ) yang beribu pejabat di 3 tingkat bangunan sederhana bersambung dengan sebuah masjid di Kota Jabalia di Utara Gaza adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif. Digerakkan oleh gabungan pelbagai lapisan aktivis telah ditubuhkan pada tahun 1976.
Kewujudan ISJ bukan sekadar sebuah persatuan Islam dalam erti kata yang kita lazimnya faham yang hanya menjalankan aktiviti berbentuk ceramah dan pendidikan. Namun ISJ telah berperanan lebih luas, merangkumi keluasan Islam sebagai suatu sistem hidup (Ad-Deen). Sesuai dengan tuntutan di Gaza yang memerlukan penyelesaian terhadap pelbagai masalah kemanusiaan, sosial, ekonomi dan pendidikan, ISJ telah merangka suatu gagasan yang menyeluruh bagi memainkan peranan yang lebih berkesan di tengah-tengah masyarakat di kota Jabalia.
Ketika konvoi kemanusiaa Jalan Darat Viva Palestina memasuki Gaza pada 21 Oktober 2010, relawan Aqsa 2 Gaza berpeluang dibawa melawat ibu pejabar ISJ dan projek-projek yang dijalankan oleh ISJ.
Diketuai oleh seorang anak muda yang betubuh sasa, memiiki raut wajah berseri (sentiasa senyum), berfikiran konstruktif dan berwawasan, En Abdel Rahim Sihab telah berjaya mengembling tenaga dikalangan anak-anak muda membangunkan beberapa projek sosio-ekonomi bagi membangun semula kota jabalia yang teruk diserang rejim Israel pada 2008.
Memiliki visi "Distinction and leadership in the relief and the development field of Palestinian society to be able to withstand the challenges which face with all our sources for access to a healthy society enjoy with social justice values, and to be a role model in the field of charitable work and humanitarian foundation gate to Palestine", ISJ menurunkan misinya "The Islamic Society - Jaballia seeks to alleviate the suffering of the Palestinian people, especially in the northern Gaza Strip, and rehabilitation physically and morally through adoption of many relief and development programs and activities, with high quality. Islamic Society – Jaballia is aimed all segments of Palestinian society, male and female, without discrimination in order to preserve their dignity and published values of social justice, through close relationship with the public and private foundation and NGO’s locally and internationally.".
ISJ telah merangka Perancangan Strategi 2010-2013 yang merangkumi aktiviti, program dan projek yang menyeluruh bagi membangunkan semula masyarakat Jabalia di dalam aspek sosial, kekeluargaan, pendidikan dan ekonomi.
Di antara projek yang berjaya dilaksanakan ialah Ternakan Lembu Tenusu, Penghasilan Susu dan Keju. ISJ juga berjaya membangunkan kawasan rekreasi pantai yang dintegrasikan dengan projek ternakan ikan air tawar.
Perkongsian A2G dengan aktivis AQSA Seluruh Negara
23 Jan 2010 telah berlangsung Muzakarah Perdana Aqsa Syarif (AQSA) yang dihadiri para aktivis seluruh negara. Pengerusi sekretariat Negeri-negeri dan daerah-daerah serta Jawatankausa N&D turut serta. Relawan A2G diberi peluang berkongsi pengalaman. Menjelaskan pengalaman dan mengulas kehebatan Gaza dalam konteks aktivisma perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa dan palestin dan gerakan Islam sedunia.
Kini aktivis AQSA seluruh negara lebih bersedia di dalam Memberkasa Ummah - membebaskan Al-Aqsa. Semoga AQSA terus cemerlang di dalam memacu misi dan visi yang mulia dan murni.
Friday, 14 January 2011
Nikmat membantu Gaza
Utusan Malaysia Rabu 5 Januari 2011
Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN
MENYAKSIKAN kezaliman zionis ke atas Palestin amat menghibakan. Sayangnya, tidak banyak yang boleh kita lakukan. Semuanya gara-gara perpecahan sesama Islam terutamanya di negara-negara Asia Barat. Alhamdulillah, usaha berterusan disusuli munajat kepada Allah membolehkan rombongan perjalanan darat kumpulan ahli-ahli konvoi Aqsa Syarif yang dikenali sebagai Aqsa2Gaza (A2G) bersama konvoi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa berjaya memecahkan benteng sekatan Yahudi ke atas Gaza, pada 21 Oktober lalu. Pastinya, kejayaan itu amat bermakna bukan sahaja kepada anggota konvoi tetapi juga kepada umat Islam di Gaza yang hidup mereka semakin terhimpit akibat pelbagai sekatan yang dikenakan ke atas mereka. Konvoi tersebut adalah usaha penting, khususnya jika dilihat dari perspektif peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memperjuangkan hak penduduk Palestin. Perjuangan rakyat Palestin yang sudah lebih 62 tahun sering dilihat dan dinilai sebagai satu isu yang seolah-olah tiada penyelesaian. Pemimpin silih berganti, persidangan demi persidangan dan perjanjian demi perjanjian ditandatangani, tetapi nasib rakyat Palestin masih tidak terbela, malah keadaan lebih buruk berlaku. Bagaimanapun, rintangan yang dihadapi sebelum berjaya menjejakkan kaki ke sana bukanlah kepalang. Ini diakui oleh Ketua Konvoi Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd. Zin Kandar dalam pertemuan dengan Mega, baru-baru ini. Antara yang paling terkesan adalah birokrasi di Mesir yang menyebabkan rombongan kira-kira 400 anggota dari 40 negara dalam misi VP-5 itu tersadai selama 18 hari di Syria. Sekali gus menyebabkan perjalanan yang dijadualkan selama 31 hari itu berlarutan sehingga 42 hari. Menurut Dr. Zin, misi kemanusiaan dan hak asasi manusia itu bermula pada 15 September 2010 dengan keahlian seramai tujuh orang. Konvoi VP-5 disertai oleh sukarelawan pelbagai negara. Malaysia diwakili oleh lima sukarelawan Viva Palestina Malaysia dan tujuh sukarelawan dari Aqsa Syarif, memulakan perjalanan dari London, pada 18 September 2010. Pada awalnya, misi itu dijadualkan tamat pada 10 Oktober 2010. ia meliputi perjalanan sejauh 6,500 kilometer. Mereka yang turut serta ialah Norazmi Talib, Mohd. Yusuf Ahmad, Abdul Wahab Yahya, Azmi Katiman, Rofazlin Jusoh dan Mohd. Taufek Abdul Rahman. Misi tersebut kemudiannya disertai oleh 400 ahli VP-5 antarabangsa tanpa mengira agama dan warna kulit. Ia membawa bersama 147 kenderaan seperti van dan lori untuk dijadikan ambulans serta pelbagai jenis ubat untuk keperluan rakyat Palestin di Gaza. Malangnya, Israel hanya membenarkan dua jenis keperluan ini dibawa masuk ke Palestin. Menceritakan lebih lanjut kesulitan yang dialami di Mesir, beliau berkata, penantian daripada sehari ke sehari untuk mendapat kebenaran melalui jalan darat negara itu ke Gaza memang amat mendukacitakan. Ini kerana, kerajaan Mesir mengenakan pelbagai syarat yang berbeza setiap kali mereka memohon memasuki negara itu. Antara yang paling memenatkan adalah mencatat setiap jenis dan nama ubat yang dibawa oleh anggota konvoi. "Oleh sebab itu, kami menghabiskan sebahagian besar masa untuk mendokumentasi ubat-ubatan ini dan meletakkannya di dalam kotak yang sepatutnya. Sebarang kesilapan kecil akan menyebabkan kami tidak dibenarkan masuk ke Mesir," katanya yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Pengajian Pasca-Siswazah Universiti Teknologi Malaysia, Skudai di Johor. Dr. Zin berkata, sepanjang menunggu di Syria pelbagai rundingan menerusi jalan diplomatik dilakukan. Mesir sebenarnya menerima tekanan hebat daripada masyarakat antarabangsa ekoran keengganannya membenarkan anggota konvoi bergerak ke Gaza. Ini kerana, misi tersebut mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa. Malah, ia turut disertai oleh 13 Ahli Parlimen (MP) Algeria, Speaker dan MP Jordan serta Indonesia. Pada masa yang sama turut berlangsung mesyuarat khas Menteri-menteri Luar di Damsyik. Kata beliau, antara yang paling mengharukan adalah apabila ketua konvoi antarabangsa ini yang bukan Islam mengeluarkan kenyataan sinis kepada kerajaan Mesir tentang tindakan mereka cuba melengah-lengahkan misi kemanusiaan tersebut. Menurutnya, dalam sidang akhbar yang dihadiri oleh pelbagai media asing di Syria pada hari ke-17, ketua konvoi itu berkata: "Kami datang mewakili NGO 40 negara yang disertai oleh 400 orang dan 140 kenderaan mengutip duit sumbangan (sedekah) orang Islam untuk diserahkan kepada saudara seislam kamu di Gaza. "Takkan kamu wahai Presiden Mesir menghalang usaha-usaha murni ini hasil daripada yang dikumpul oleh orang Islam," katanya. Menurut Dr. Zin, sehari selepas itu, barulah konvoi dibenarkan masuk ke Gaza menyalurkan bantuan perubatan dan kemanusiaan untuk 1.5 juta rakyat di situ. "Apabila mengimbas kembali kenangan itu, hati kami pasti tersentuh dan hiba. Malah boleh menitiskan air mata. "Lebih-lebih lagi apabila melihat penderitaan mereka menerusi televisyen. Gaza mencetuskan perasaan syahdu kerana mereka juga sebahagian daripada kita," katanya. Dr. Zin bagaimanapun bersyukur kerana masyarakat antarabangsa kini semakin sedar kepentingan membantu rakyat Palestin yang dizalimi. "Isu Palestin melangkaui agama kerana ia adalah isu sejagat di mana hak sebagai rakyat di negara sendiri dinafikan oleh rejim zionis," tegasnya.
__._,_.___
Monday, 3 January 2011
Projek Kilang Roti Untuk Rakyat Gaza
Aqsa Syarif sedang rancak mengumpul dana untuk merialisasikan projek membina dan mengoperasikan Kilang Roti di Betlahya (Utara Gaza) yang diurus oleh Islamic Society Betlahya. Kilang Roti ini akan mampu menyediakan pekerjaan sekitar 20 orang dan menyediakan keperluan roti untuk seluruh bandar. Kos projek bernilai USD200,000 (RM630,000) termasuk sewaan bangunan. Aqsa Syarif mempelawa rakyat Malaysia menaja mengikut kemampuan penderma/penaja.
Ketika lawatan konvoi Aqsa2Gaza, hanya ada sebuah kilang roti dikawasan tersebut yang hanya mengeluarkan roti pita. Kilang roti yang diusahakan Aqsa Syarif akan mengeluarkan roti jenis buku (loaf) bagi menampung keperluan penduduk sekitar daerah tersebut. Aqsa Syarif mensasarkan untuk memperolehi tajaan/sumbangan dari rakyat Malaysia bagi membangunkan projek ini sebelum 1 April 2011. Sumbangan boleh disalurkan melalui ibu pejabat Aqsa Syarif atau wakil-wakil Aqsa Syarif (Sekretariat negeri & Daerah) di seluruh Malaysia. Ini adalah sebahagian dari usaha-usaha agar rakyat palestin mampu untuk terus hidup dan berjuang membebaskan bumi Palestin dan Al-Aqsa.
Asia 1 convoy arrives in Gaza with humanitarian aid
Jan 3|18:16
Gaza, 3 Jan 2011 – The Asia 1 convoy carrying humanitarian and medical aid to Gaza has crossed the Palestinian enclave’s border with Egypt, the Al Quds radio station reported on Monday.
The Asia 1 convoy, gathering 170 activists from over 15 Asian states, is carrying 1,000 tons of food and medical supplies.
It left the Indian city of Delhi in November at the initiative of the Asian People’s Solidarity for Palestine (APSP) group.
The radio said Egyptian authorities have allowed only 108 members of the convoy to cross the border, excluding Iranian and other nationals.
In October, another humanitarian convoy Lifeline 5 arrived in Gaza from Europe.
The Gaza Strip has been subject to an almost continuous Israeli blockade since the radical Islamic group Hamas took control of the enclave in the summer of 2007, ousting President Mahmoud Abbas’s Fatah movement.
Since the start of the blockade, most of Gaza’s consumer goods have been smuggled through tunnels from Egypt.
The Israeli military stormed the Freedom Flotilla ships in neutral waters in the Mediterranean Sea in late May as they tried to take 10,000 tons of aid to the Gaza Strip. The raid claimed the lives of nine activists.
Artikel asal: http://en.rian.ru/world/20110103/162032711.html
Gaza, 3 Jan 2011 – The Asia 1 convoy carrying humanitarian and medical aid to Gaza has crossed the Palestinian enclave’s border with Egypt, the Al Quds radio station reported on Monday.
The Asia 1 convoy, gathering 170 activists from over 15 Asian states, is carrying 1,000 tons of food and medical supplies.
It left the Indian city of Delhi in November at the initiative of the Asian People’s Solidarity for Palestine (APSP) group.
The radio said Egyptian authorities have allowed only 108 members of the convoy to cross the border, excluding Iranian and other nationals.
In October, another humanitarian convoy Lifeline 5 arrived in Gaza from Europe.
The Gaza Strip has been subject to an almost continuous Israeli blockade since the radical Islamic group Hamas took control of the enclave in the summer of 2007, ousting President Mahmoud Abbas’s Fatah movement.
Since the start of the blockade, most of Gaza’s consumer goods have been smuggled through tunnels from Egypt.
The Israeli military stormed the Freedom Flotilla ships in neutral waters in the Mediterranean Sea in late May as they tried to take 10,000 tons of aid to the Gaza Strip. The raid claimed the lives of nine activists.
Artikel asal: http://en.rian.ru/world/20110103/162032711.html
Sunday, 2 January 2011
Ketua Konvoi A2G Kagum dengan Kesediaan Mendengar Tok Guru
Ketua Konvoi A2G berkesempatan menziarahi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz baru-baru ini dipejabatnya di Kota Bahru. Walaupun Tuan Guru tidak berapa sihat, selepas menerima rawatan di hospital Kubang Krian, namun Tuan Guru sanggup meninggalkan keselesaan dan sebaliknya menengar dengan tekun penerangan pengalaman A2G hampir 1 jam 30 minit. Penerangan pengalaman A2G merankumi pengalaman berkonvoi bersama aktivis pro-palestine yang datang dari 40 negara seluruh dunia. "Walaupun saya yakin Tok Guru sangat arif mengenai isu Palestin, namun beliau begitu tekun mendengar penerangan pengalaman saya berkonvoi. Sesekali tok guru minta video dimainkan semula apabila ada segmen yang menarik perhatiannya termasuk rakaman khutbah Pemimpin Hamas yang menjadi Perdana Menteri Palestin Syekh Ismail Haniyeh" jelas Dr Mohd Zin. "Kesediaan mendengar dengan tekun walaupun dalam keadaan beliau kurang sihat, mengajar saya betapa ilmu dan pengetahuan itu perlu sentiasa sesaorang mukmin itu terus cari dan gali". Itulah antara keperibadian muslim sejati.
Pertemuan tersebut turut dihadiri Setiausaha sulit Khas Menteri Besar Kelantan (En Rusdi Abdullah), Exco Aqsa syarif Kelantan (Nik Kamaruzaman), Ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia (En Wan Zul) dan Pengurus Syarikat Air Kelantan. Di akhir pertemuan Tuan Guru dan Ketua Konvoi A2G bertukar-tuakr cenderahati.
Koperasi Muslimin Taja Projek Ikan Air Tawar di Gaza dengan sumbangan RM12,000.00
Pembentangan ringkas situasi di Gaza oleh ketua konvoi A2G, Dr Mohd Zin di dalam mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB) pada 1 Jan 2011 di ibu pejabat KMMB telah menanamkan rasa keinsafan dan keprihatinan yang tinggi dikalangan ALK KMMB. Sebagai sebuah koperasi yang berasaskan Islam dan membawa misi untuk melaksanakan sistem muamalat Islam di dalam masyarakat, pihak KMMB telah memperuntukkan sebahagian dari tabung abrar yag disumbangkan para ahli untuk membantu rakyat Gaza membangun semula kehidupan dan ekonomi selepas keganasan berterusan Israel terhadap Gaza. Sejumlah RM12,000.00 disalorkan melalui Aqsa Syarif untuk disumbangkan di dalam projek ternakan ikan air tawar di Gaza. DI jangkakan dengan bantuan itu, ianya ka dapat menaja sekurang-kurangnya dua kolam ternakan ikan air tawar di Gaza yang sedang giat dijalankan. Dilaporkan bahawa Dr Mohd Zin (yang juga ahli lembaga KMMB) akan ke Gaza pada masa terdekat bagi menghadiri persidangan antarabangsa pembangunan semula Gaza dan beliau dijemput membentang kertas kerja di sana.
Ketua Konvoi di Masjid Greenwood Gombak
Dengan kerjasama pihak masjid, Aqsa Syarif dan IKRAM Gombak berjaya menganjurkan sesi perkongsian A2G dan pameran Palestin. Majlis dijalankan pada 31 Dis 2010 selepas solat Maghrib. Penerangan oleh Dr Mohd Zin Kandar tertummpu kepada kemusnahan yang dilakukan oleh tangan-tangan ganas Israel terhadap gaza. Namun banga Gaza yang bingkas bangun, tidak rela mati kebuluran. Beberapa projek pembangunan semula dibincangkan dan para hadirin jamaah yang hadir di ajak untuk sama-sama merasai kewajipan untuk membebaskan Palestin dari cengkaan Yahudi dan membangun semula Gaza melalui projek-projek yang dikenalpasti Aqsa Syarif. Gambar kelihatan aktivis AQSA di Gombak melayan para jamaah yang datang melawat di gerai pameran dan jualan.
Pengalaman A2G dikongsi dengan rakan-rakan pensyarah di UTM
27 Dis 2010 di Kolej Tun Hussin Onn UTM berlangsung majlis perkongsian pengalaman A2G yang dihadiri para pengetua dan felo-felo kolej-kolej di UTM. Ini adalah salah satu program pembangunan felo dan kali ini adalah dalam bentuk menanamkan semangat keprihatinan terhadap mereka yang dizalimi tentera rejim Israel. Majlis Insya Allah akan diikuti dengan ceramah dan aktiviti di kolaj-kolej di UTM bersama pelajar-pelajar bagi memperolehi dana pembangunan semula Gaza.
Keprihatinan GAZA untuk anak-anak
25 Dis 2010, Perkongsian A2G berpeluang dibentang oleh Dr Zin kepada sekumpulan kanak-kanak yang sedang mengikuti kem cuti sekolah di Perdana Terraces Tmn Sri Pulai Perdana. Di dalam kemah, di malam yang gelap, dihujani dengan curahan air, malam itu, anak-anak terpinga-pinga akan kezaliman rejim Yahudi terhadap rakyat Palestin. Semoga semagat jihad turut tertanam di dalama dada anak-anak ini.
Abang Sulong Ketua Konvoi Kembali Kerahmatullah
24 Disember 2010 di Hospital Sultanah Aminah, kekanda sulung ketua Konvoi kembali menemui Allah swt. Al-Fatehah.
berita lanjut layari;
http://salamkabare.blogspot.com/
berita lanjut layari;
http://salamkabare.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)