2011/4/11 Norazmi Talib <norazmitalib@gmail.com>
Assalamualaikm Wm Wb.
Kami dah selamat sampai di Moscow petang semalam dan disambut di lapangan terbang oleh saudara Imran, pelajar tahun akhir medic yang hanya tingga sekitar 2 bulan sahaja lagi di sini utk habiskan pengajiannya. Dah 6 tahun beliau disini. Cuaca di Moscow agak panas, 2 deg C. Itu kira panas le tu. Kalau sejuk, minus 30 deg C dan boleh mencecah minus 50 deg C. Salji masih turun semlm dan hingga pagi ni pun masih ada salji lagi. Cuaca dah berubah. Skrg sepatutnya spring, bukan winter. Alhamdulillah bawa winter coat sebab tengok dalam internet suhu minus 2 deg C.Dari airport, terus ke hotel tempat berlangsungnya program Aqsa Syarif Europe Tour untuk Moscow. Kehadiran sekitar 300 org kebanyakkan pelajar di sini. Juga turut hadir kakitangan dari kedutaan Moscow, 3 orang yg diketuai oleh Secretary for Student Affairs, En Wan Azizam bin Wan Salleh, yang berasal dari Besut. Duta Moscow, Dato Zainol Abdin tidak dapat bersama disebabkan tugasan beliau yang padat.Penganjur sememangnya menganjurkan program Palestin di sini secara besar-besaran.Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan seterusnya ceramah dari oleh saya khususnya berkisar tajuk isu Palestin dan pengalaman konvoi A2G tempohari VP5 yang disertai oleh tujuh sukarelawan Aqsa Syarif dari 15 Sep - 25 Okt 2010. Ceramah dimulakan sekitar jam 7 malam, berhenti sebentar apabila masuk solat maghrib dan sambung semula hingga jam 9.45 malam. Saya cuba sampaikan isu Palestin dengan perspektif yang positif, sebab selama ini banyak kita memperkatakan Palestin dalam perspektif yang negatif; kesusahan, kekurangan makanan, pembunuhan, bom sana-sini, kesedihan dan banyak lagi - "There's always 2 sides of a coin".Dari sudut positifnya, isu Palestin ini adalah perencanaan Allah untuk mengembalikan semula umat ini kepada kedudukannya sebagai Khalifah. Palestin adalah 'guru' kita dan kekuatan umat Islam di sana dari segi kesabaran, keteguhan dan keberanian walaupun kanak-kanak. Kita telah saksikan bagaimana kanak-kanak palestin tidak takut mati, memiliki kekuatan iman dan berpegang teguh kepada agama, tidak mudah 'give-up', tidak mementingkan diri sendiri, akhlak remaja menonjol, kepatuhan kepada arahan ketua dan banyak lagi sifat-sifat positif. Pandangan saya, akhlak umat ini yang sangat perlu kita kaji, dalami dan ambil pelajaran. Mereka tidak boleh dan tak mungkin dikalahkan walaupun sekuat mana musuh khususnya US dan Israel. Ini janji Rasulullah saw yang kita perlu yakini.Masa depan adalah untuk mereka dan kita hanya mengikut. Kedudukan mereka di sisi Allah jauh lebih tinggi dari kita. Mereka adalah pejuang agama dalam medan sebenar manakala kita hanya membantu dari jauh.Oleh itu, hakikanya kita bukannya menolong mereka tetapi merekalah yang menolong kita. Mereka melaksanakan dan menjalankan tugas yang tidak mampu kita lakukan. Justeru itu bantuan yang kita hulur bukan sumbangan tetapi satu tanggung jawab yang akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti. Mereka bukan peminta sedekah dan kalau kita tidak bantu mereka atau turut sama dalam perjuangan akhir zaman ini, Allah akan membantu mereka. Kemenangan tetap diberikan kepada mereka walaupun kita tidak turut serta.Kesimpulannya, isu Palestin ini bukan hanya cerita mereka tetapi yang lebih penting ini adalah cerita kita. Cerita keimanan dan perjuangan kita.Begitulah ringkasnya penyampaian saya semalam di Moscow. Kelihatannya hadirin dapat menerima dengan baik, termasuk kakitangan dari kedutaan. Malah ramai pelajar yang bersalam selepas ceramah menyatakan bahawa mereka tidak puas sebab mereka tahu masih banyak yang perlu disampaikan dan mereka perlu dengar. Ada yang minta saya datang semula untuk menyambung balik cerita ini. Ada yang bertanya: "Pkcik dari Ikram ke? Saya nak ikut Ikram boleh tak?". Yang lain bertanya "Macam mana kami nak ikut sama dalam perjuangan Palestin ini ?. Pkcik boleh tolong tunjukkan cara?"Memang masa yg diberikan agak terhad kerana dewan disewa hingga jam 10.00 mlm sahaja. Masalah Moscow ini, tempat ceramah memang terhad dan sukar diperolehi. Ini diakui sendiri oleh pegawai dari kedutaan Malaysia di Moscow.Saya kagum dengan persediaan pelajar-pelajar di sini. Memang kata mereka agak kelam kabut kerana banyak halangan. Sungguhpun begitu mereka bertungkus lumus menjalankan aktiviti Palestin ini dan ini adalah satu kejayaan.Capaian video: http://aqsasyarifeuropetour.blogspot.com/2011/04/rakaman-aqsa-syarif-le-tour-deurope.html
No comments:
Post a Comment