Friday 1 April 2011

Forum Palestin Menampilkan Sukarelawan Misi Mavi Marmara & A2G di Konvo UTM
















Dengan semangat yang tinggi membawa aktivis Palestin di UTM dikalangan JK dan ahli Kelab Islamic Intellectual Club, Kolej Rahman Putra UTM, suatu Forum dan pakej Kempen Perjuangan Palestin telah bergema di Tapak Konvo UTM Kali ini.

Di malam pertama Konvo telah di adakan Forum Palestine:The Untold Stories yang menampilkan sukarelawan Mavi Marmara Mei 2009, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunos (Pengerusi Aqsa Syarif) dan PM Dr Mohd Zin Kandar sebagai ketua konvoi Aqsa to Gaza (Sep-Okt 2009).

Dipengerusikan oleh pemuda petah bertutur Sdr Khairul Ikhwan, forum diselang seli dengan tayangan video dan slides mengenai misi kemanusiaan Mavi Marmara yang diserang tentera Israel di laut Mediterranean dan Konvoi jalan darat Aqsa2Gaza. Huraian bersemangat keda-dua ahli Panel memukau perhatian para penonton. Projek-projek membangun semula Gaza oleh Aqsa Syarif juga dibentangkan bagi membolehkan masyarakat menyertai projak-projek membangun semula sosio-ekonomi di Gaza. Di antara yang diketengahkan dan sedang berjalan ialah projek Kilang Roti, Projek Ternakan lembu Tenusu dan Bantuan Anak Yatim dan Keluarga Miskin.

Aqsa Syarif turut membuka gerai di tapak Konvo dan aktiviti kempen sepanjang karnival tersebut dijalankan oleh pelajar-pelajar UTM yang begitu perihatin terhadap perjangan Palestin.

Tahniah & Syabas kepada aktivis UTM ... !

No comments:

Post a Comment