23 April 2011, seramai tiga ratus pelajar-pelajar asrama Sekolah Dato' Penggawa Barat telah mendapat pendedahan mengenai isu Palestin dan pengalaman konvoi A2G merentasi benua eropah serta menembusi tembuk sekatan ke Gaza. Bermula selepas solat Maghrib sehingga berakhir jam 9.30 malam, sesi perkongsian disampaikan oleh PM Dr Mohd Zin Kandar dengan persembahan slides gambar-gambar dan video mrnganai Palestin dan Gaza.
Dr Mohd Zin sesekali menekankan aspek motivasi kepada pelajar-pelajar di samping isu Palestin yang dibicarakan. Perlunya para pelajar membina jatidiri sebagai umat Islam, penumpuan kepada pelajaran dan pencapaian kecemerlangan akademik adalah di antara fokus ceramah beliau.
Isu kezaliman rejim zionis Israel yang berterusan semenjak tahun 1947 dihuraikan di samping nasib malang rakyat Palestin yang telah kehilangan tanah dan hak untuk hidup di bumi sendiri. Intifadah (uprising) yang dilakukan penduduk Palestin dan perlunya membantu memperolehi semula Masjidil Aqsa dari cengkaman Israel turut dihuraikan bagi menyedarkan pelajar akan tanggungjawab memiliki sifat prihatin terhadap perjuangan rakyat Palestin dan usaha-usaha yang dijalankan Aqsa Syarif.
Turut hadir ialah ketua warden asrama, Ustaz Haris Mustafa, cikgu Rashid dan warden-warden asrama putera & puteri. En Abdul Halim (Pengerusi J.Kuasa Belia Remaja IKRAM Pontian) dan Muhammad Aiman Mohd Zin turut membantu dari aspek teknikal, kutipan derma dan jualan coklat Aqsa Syarif.
Sambutan dari para pelajar sekolah berasrama ini sungguh berkesan dan ramai dari pelajar terus bergegas balik ke asrama masing-masing untuk mengambil duit bagi membeli coklat Aqsa Syarif dan menghulurkan sumbangan ke tabung Aqsa Syarif.
Kesemua coklat sekitar 80 keping habis terjual dan sumbangan diterima dari pelajar-pelajar berjumlah RM106.80. Sesungguhnya nilai tersebut sangat besar jika dilihat dari aspek keadaan pelajar-pelajar yang masih berada di tingkatan 1-5 di sekolah berasrama. Tahniah SDPB kerana memiliki anak-anak murid yang begitu berhati mulia dan prihatin. Allahu Akbar.
syabas dr zin.
ReplyDeletesyabas dr zin.
ReplyDelete