Friday, 1 April 2011

Perjuangan Membebaskan Palestin Semarak Bergema di Kalangan Warga Kampus










Alhamdulillah dan tahniah kepada semua yang memungkinkan kesedaran keprihatinan dan kemanusiaan bersemarak di kalangan pemuda pemudi warga kampus. Mereka adalah bakal pemimpin masa hadapan dan adalah penting menanam dan menyuburkan kesedaran dan keprihatinan peripentingnya memelihara kesejahteraan dan keamanan dunia. Isu Palestin yang sudah berlarutan lebih 60 tahun adalah angkara manusia berhati binatang bengis rejim Zionis Israel yang sesuka hati merampas hak orang lain, merusak, mencedera dan memunuh sesama makhluk manusia.

Mahasiswa/i sebagai golongan berpendidikan tinggi di menara gading tentunya tidak dapat berdiam diri hanya menjadi ulat buku. Disamping menjaga amanah untuk menjadi cerdik pandai yang ilmuan dan berketerampilan, mereka tidak rela manusia menindas dan menceroboh, apatah lagi membunuh sesuka hati.

Bukan semata-mata kerana meraka di Palestin itu majoritinya berugama Islam, tetapi di atas dasar kemanusiaan dan keamanan sejagat, mereka bangun memprotes tetapi dai dalam batas sebagai pelajar-pelajar kampus yang matang.

Di kesempatan Pesta Konvo UTM yang menekan aspek kreativiti dan inovasi, para pelajar mempersembahkan keprihatinan mereka kepada masyarakat melalui aktiviti eksedaran dan kutipan dana untukmu Palestin.

Berkonvoi sekeliling tapak pesta konvokesyen dengan laungan bebaskan Palestin adalah suatu inisiatif yang menarik dan kreatif. Apatah lagi ia dilakukan dimalam pertama konvo dan sebelum forum Palestin di adakan.

Gerai Palestin yang dipenuhi dengan pameran, jualan dan kempen penerangan dikalangan pelajar, mendedahkan para pengunjung akan isu Palestin yang sangat penting untuk diberi sokongan dan dokongan semua rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa. Pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif di adakan dengan misi untuk membantu membangun semula Gaza. Aqsa Syarif Malaysia telah menghantar sukarelawan di dalam beberapa misi, dan pelbagai projek telah dan sedang dibangunkan di Gaza setelah serangan Israel yang memusnahkan pelbagai institusi sosial, ekonomi dan pendidikan.

Akrtiviti yang digemblingkan oleh Islamic Intelectual Club KRP UTM yang diketuai oleh Sdr Uwais AL-Qarni tersebut patut mendapat sanjungan dan boleh dikembangkan di kampus-kampus lain khususnya semasa konvokesyen.

No comments:

Post a Comment