Monday, 25 April 2011

Perkongsian A2G di Masjid Umariah Lama, Kg Selama Batu 7 3/4 Jln Kapar, Kelang







Pada hari Ahad 24 April selepas solat Maghrib, Ketua konvoi A2G diberi peluang oleh Allah swt untuk berkongsi pengalaman mengikuti konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 2010 yang lalu.

Sekitar 120 ahli jamaah majid dan penduduk sekitar hadir. Penceramah menghuraikan beberapa pengalaman penting di antaranya:-
a. Penyertaan sukarelawan antarabanysa yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Ini terjadi kerana kezaliman rejim Israel yang teramat sangat sehinggakan tentangan yang diterima Israel sekarang bukan dari masyarakat Islam sahaja, malah masyarakat bukan Islam dari serata dunia termsuk, Eropah, Amerika, Australia, New Zealand, asia dan sebagainya.
b. Kezaliman rejim Israel berterusan, bermula dari seawal 1947 lagi dalam bentuk pengusiran penduduk tempatan, perobohan bangunan-bangunan, pembunuhan penduduk tanpa mengira umur dan kini dalam bentuk pemboikotan dan pembinaan tembuk-tembuk konkrit untuk menekan penduduk Palestin dari mendapat keperluan asas. Hal tersebut jelas menggambarkan zional adalah suatu kefahaman kebendaan dan perkauman yang ebrasaskan kezaliman.
c. Kekuatan rakyat Palesrin dan Gaza yang terus berjuang mempertahankan bumi ummah Islam dan Masjidil Aqsa. Mereka adalah benteng kepada ummah, berada di barisan hadapan menentang tentera-tentera pengecut Israel yang ganas. Hanya dengan batu-batu ditangan mereka mengusir tentera Israil dari menceroboh penempatan mereka. Ramai yang sudah terkorban, samada di kalaangan kanak-kanak, wanita, pemuda dan para alim ulama Palestin. Rakyat Malaysia mestilah berganding bahu bersama Aqsa Syarif, bersama-sama merasai bahawa, perjuangan mereka adalah perjuangan kita. Kesusahan mereka adalah kesusahan kita. Sokongan, doa, bantuan kewangan untuk perjuangan mereka perlu diteruskan. Perjuangan Palestin pasti menang suatu hari nanti. Oleh itu buatlah apa yang sesuai, termasuk memboikot produk-produk syarikat yang menyokong Israel seperti Nestle, Coca Cola, Mc Donald dan Este Lauder.







Pameran dan jualan oleh JK Aqsa Syarif Kelang turut di adakan yang diketuai oleh Sdr Kamsani.
Majlis dipengerusikan oleh bilal Masjid, Tn Hj Mohd Said Kandar tamat sekitar 9.45 malam.

No comments:

Post a Comment