Monday 28 February 2011

Training of Trainers (ToT) Aqsa Syarif Sarawak







Walaupun kelihatan jauh di antara para aktivis Aqsa Syarif Sarawak dengan saudara-saudara seperjuangan di Semenanjung, ketibaan kami di Ibu Pejabat IKRAM Serawak dan Aqsa Syarif Sarawak tidak langsung memberikan gambaran tersebut. Pelbagai poster suasana Palestin terpampang di sekitar Pejabat. Juga dihiasi dengan maklumat gerak kerja dan aktiviti IKRAM Sarawak Suasana ukhuwah dan amal jama'ie sebagai satu organisasi jelas tercerna dan ianya bertambah mendekatkan hati-hati aktivis Aqsa Syarif di dalam beramal dan berukhuwah.

Bermula sekitar 8.30pagi 26 Feb 2011, Aqsa Syarif Sekretariat Negeri Sarawak telah mengadakan ToT bagi aktivis Aqsa Syarif di negeri tersebut dengan empat penyampaian oleh dua orang ahli pemegang amanah (BoT) Aqsa syarif iaitu PM Dr Hafidzi Mohd Noor dan PM Dr Mohd Zin Kandar. Aqsa Syarif Sarawak telah berjaya membuka empat pejabat Sekretairt daerah-daerah iaitu Daerah Kuching, Daerah Kota Samarahan, Daerah Bintulu dan Miri. Semua wakil telah berjaya hadir dan engikuti ToT yang disenggarakan oleh pengerusi sekretariat AQSA Sarawak iaitu Ustaz Azman Zen.

Penyampaian oleh Dr Hafidzi menjelaskan dengan terperincai sejarah dan fakta-fakta konspirasi zionis antarabangsa, kuasa-kuasa besar barat dan ketua-ketua kerajaan Islam yang menggadaikan prinsip Islam di sebabkan kejahilan dan kebaculan mereka khususnya mereka yang berada dan berjiran dengan bumi Palestin. Tergadainya bumi Palestin sehinga dirongkai Tebing Barat dan terpencilnya semenanjung gaza hari ini, di antara lain adalah angkara pemimpin Islam seumpama Anwar El Sadat yang tiada jati diri sebagai pemimpin Islam. Lebih menyedihkan, perjanjian Camp David yang ditandatanganinya besama PM Israel Menachem Begin pada 17 September 1978 membawa kepada pengiktirafannya Baitul Maqdis sebagi ibu negara abadi bagi Israel !?
Selanjutnya Dr Hafidzi mengulas senario terkini negara-negara arab khususnya mesir yang telah berjaya menumbangkan pemimpin mereka yang zalim yang selama ini menjadi sekutu kuat Israel dan menekan rakyat Palestin khususnya Gaza. Petanda positif dan kemenangan yang semangkin hampir di dalam perjuangan Palestin sudah mula bersinar dan para peserta diseru untuk meneruskan usaha bagi meraih ganjaran dari Allah di samping memikul tanggungjawab membebaskan masjidil Aqsa.

Penyampaian oleh Dr Zin pula menjurus kepada aspek pentadbiran Aqsa Syarif di peringkat ibu pejabat, negeri dan daerah-daerah. Perancangan Strategi Aqsa Syarif turut dibincangkan dan bagaimana Aqsa Syarif di setiap negeri dan daerah perlu menjuruskan usaha, bekerja secara jama'i bagi mencapai sasaran tahunan atau KPI yang ditentukan.

Pengalaman konvoi A2G turut dibentang dan dikongsikan di dalam ToT yang dijalankan buat julung kalinya di Sarawak.

Para peserta ToT begitu kelihatan puas dengan huraian fakta-fakta sejarah yang begitu analitikal dan kritis yang disampaikan secara yakin oleh Dr Hafidzi disamping tayangan slides mengenai misi A2G yang dapat menaikkan semangat para serta untuk melipatgandakan usaha bagi 'menebus' Palestin & Masjidil Aqsa yang sedang ditawan rejim zalim zionis.

Sunday 27 February 2011

Perkongsian A2G di UNIMAS dan beberapa lokasi di Kuching







Pengalaman menyertai konvoi A2G VP5 terus dikongsi di seluruh negara oleh relawan A2G. Kali ini di bumi kenyalang. MPP UNIMAS yang kini diterajui oleh anak muda bersemangat tinggi dan berketerampilan, saudara Muhammad Mus'ab telah menganjurkan Konvensyen Transformasi Muzik dan Kemanusiaan selama dua hari (26-27 Feb 2011) turut menjemput relawan A2G Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar dan pakar rujuk isu Palestin di Malaysia Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor di hari kedua yang di adakan di UNIMAS.
Dr Hafidzi menerangkan dan menghuraikan dengan terperinci rentetan sejarah bumi Palestin yang sehingga kini dikuasi oleh rejim Israel berfahaman zionis yang zalim. Dr Hafidzi menerangkan, betapa penting bagi sesiapa yang ingin memahami isu Palestin dan situasi terkini, mestilah memahami susur galur sejarah seawal 1940an dan mereka yang terlibat di dalam percaturan Palestin sama ada para pemimpin Palestin sendiri, pemimpin-pemimpin negara-negara Islam sekelilingnya dan percaturan politik dan konspirasi termasuk yang dilakukan PBB dan negara-negara eropah dan Amerika semenjak penubuhan gerakan zionis antarabangsa yang bersidang di Basle, Switzerland pada 1897. Kegagalan memahami agenda di sebalik peristiwa-peristiwa yang berasaskan niat jahat rejim Israel, Britain dan Amerika boleh membawa kepada kesilapan sesaorang itu menanggapi isu Palestin hari ini.
Sesi perkongsian konvoi kemanusiaan ke Gaza A2G kemudian melengkapkan jalan cerita isu Palestin sehingga ke hari ini bagaimana kezaliman rejim Israel terhadap Palestin terdedah secara luasnya di mata dunia melalui sekatan tembuk kematian terhadap Gaza semenjak 2006, serangan besar-besaran rejim Israel 2008 dan kebiadapan Israel menyerang dan membunuh 9 sukarelawan Mavi Marmara pada Mei 2010. Sesi yang penuh bermakna itu telah berjalan dengan berkesan dengan beberapa interaksi di antara para peserta dan penceramah melalui soal jawab dan perbincangan di luar dewan.

YDP MPP UNIMAS turut menyampaikan sumbangan sejumlah RM1600.00 kepada wakil Aqsa Syarif hasil kutipan di dalam program yang dijalankan. Jualan buku-buku mengenai Palestin dan produk-produk Aqsa Syarif turut diadakan di lobi dewan.

Pada hari pertama konvensyen, persembahan nasyid berkonsep perjuangan oleh Al-Farabi Band dari Shah Alam telah memkau hadirin yang memenuhi dewan tempat konvensyen di adakan iditu di UNIMAS.

Dr Hafizi dan Dr Mohd Zin turut mengadakan ceramah Palestin di beberapa masjid dan surau di bandar Kuching dan latihan kepada aktivis Aqsa Syarif di dalam ToT (Training for Trainers) di pejabat Pertubuhan IKRAM Sarawak.

Saturday 19 February 2011

Ikrar Memperjuangkan Palestin Bergema dari UniKL MFI










19 Feb 2011 di dewan perhimpunan UniKL MFI Bandar Baru Bangi bergema ikrar dan slogan anak-anak muda untuk memperjuangkan pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Dengan penuh disiplin dan profesional, majlis penutupan Minggu Peghayatan Islam UniKL MFI (MPI2011) anjuran RuHIS UniKL MFI dihiasi dengan beberapa acara menarik termasuk persembahan mantap penasyid tahan air INTEAM, Persembahan Nasyid Ruhul Jihad oleh kumpulan nasyid UniKL, serta ceramah ringkas Palestin & Aqsa2Gaza oleh Prof Madya Dr Mohd Zin dari Aqsa Syarif. Dihadiri oleh para pelajar UniKL, pelajar universiti berdekatan dan staf UniKL, majlis tersebut juga dihiasi dengan pameran dan jualan produk-produk Palestin dari Aqsa Syarif.

Dr Mohd Zin membawa tajuk "Keganasan Israel di Bumi Palestin: Siapa Yang Harus Membela?" menjelaskan secara ringkas sejarah kekejaman Zionis Israel di bumi Palestin. Pengalaman menyertai Konvoi Kemanusiaan Jalan Darat ke Gaza, A2G VP5 turut dikongsikan kepada para hadirin yang hadir. Umat Islam dan para pemuda harus prihatin di atas apa yang berlaku di Palestin. Pembebasan bumi yang penuh keberkatan itu serta Masjidil Aqsa adalah tanggungjawab semua dan perlu dilibati oleh seluruh ummat. Anak-anak muda di IPT yang masih bersemangat dan bertenaga, wajar mengembling tenaga untuk turut menyokong dan menggerakkan aktivisma di dalam usaha kempen kesedaran dan penjanaan dana membantu Palestin.

Turut hadir ialah Dekan Kampus UniKl Prof Madya Haron Abas yang turut menyampaikan sumbangan warga UniKL untuk tabung Palestin Aqsa Syarif.

MPI2011 dijalankan dengan pengemblingan tenaga para pelajar yang soleh dan solehah yang diketuai oleh pengarahnya Mohd Shah Redza dan dibimbing oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Sdr Salehuddin serta penasihatan Dekan Kampus UniKLMFI. Program seminggu yang telah dijalankan meliputi aktiviti rekreasi, explorace, forum dan hiburan cara Islam.

Majlis bertambah menarik dengan pimpinan dua pengacara ikhwah dan akhawat yang begitu petah berbahasa Melayu, Inggeris, Arab dan Perancis. Dengan aktiviti yang sihat sebegini rupa dan bimbingan tarbiyah yang berterusan, Insya Allah mereka akan berupaya menjadi pemimpin masa hadapan yang berwibawa. Mudah-mudahan cerah masa depan Malaysia.

Tahniah UniKLMFI ... Teruskan Usaha Murni Anda...!

Thursday 17 February 2011

Relawan A2G Aktif Memberi Ceramah di Melaka



Dengan usaha dan kesungguhan Sekretariat Aqsa Syarif Melaka, relawan A2G dari Johor, Ustaz Rofazlin Jusoh telah menjelajah ke beberapa bandar di Melaka. Antara tempat beliau memberi ceramah bersempena sambutan Maulidur Rasul 2011 ialah di Sek.Men Vokasional, Melaka Tengah, Sek.Men. Vokasional Datuk Seri Muhd Zin,Alor Gajah, Surau Al-Islah, Ching dan beebrapa tempat lain. Ustaz Rofazlin juga terus mendapat jemputan ceramah dan forum di sekitar Johor. Berita-berita penuh boleh dicapai di http://aqsasyarifjohorbahru.blogspot.com/


Pada 11 Februari 2011 pula Dr Mohd Zin telah berkesempatan memberikan ceramah bertajuk "Masjidil Aqsa - Siapa Yang harus Membebaskannya ?" di Masjid Jame' Air Baloi Pontian. Inisiatif pengerusi AQSA Pontian Cikgu Amran, kini khadi Pontian telah mengeluarkan surat agar ceramah Palestin di adakan di masjid-masjid di sekitar Pontian.

Monday 14 February 2011

INGAT ROTI...INGAT GAZA...INGAT AQSA SYARIF







Alhamdulillah hari ini bersempena juga dengan sambutan MaulidurRasul SAW, Usaha-usaha Aqsa Syarif "Memperkasa Ummah-Membebaskan Al-Aqsa" mendapat liputan sekali lagi di media cetak perdana Utusan Malaysia. Kali ini ialah mengenai projek-projek usahasama Aqsa Syarif dan NGOs di Gaza. Di antaranya ialah cadangan projek Pembinaan Kilang Roti. Projek yang sedang berjalan, iaitu Ternakan Lembu dan Ternakan Ikan juga mendapat liputan. TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA. Semoga bertamah keberkatan hidup anda semua yang menghulurkan sebahagian rezeki demi 'membayar' untuk pembebasan Bumi Palestin. Dapatkan naskah Utusan Malaysia Hari ini (15 Feb 2011) untuk berita penuh.

Monday 7 February 2011

Re-Union Relawan A2G Bermakna






Alhamdulillah, hujung minggu lalu suatu re-union relawan Aqsa2Gaza (A2G) berjaya di adakan di Kuala Lumpur walaupun 3 relawan tidak dapat turut serta. Sdr Abdul Wahab dan Hj Taufik terperangkap di lebuh raya dari utara apabila setelah 5 jam bertolak, mereka hanya berjaya tiba di Perak dan terpaksa membatalkan perjalanan. Sdr Yusof dengan urusan keluarga yang tak dapat dielakkan.
Re-union yang dapat dihadiri oleh Dr Mohd Zin, Hj Norazmi, Azmi dan Ust Rofazlin itu turut dihadiri oleh Syeikh AbdelRahim Shehab dari Gaza yang dalam misi khas melawat 3 negara Islam Turki, Malaysia dan Indonesia. Turut hadir ialah rakan seusrah Syeikh AbdelRahim iaitu Mr Fadi (al-Hafiz) dan Mr Ahmad yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di sebuah Universiti tempatan di Malaysia.

Selain membincang beberapa usaha-usaha berterusan memyemarakkan isu dan perjuangan memperkasa ummah di Malaysia, sukarelawan A2G berpeluang mendapat berita-berita terkini dari Gaza yang dikongsikan oleh Syeikh AbdelRahim. Gambar kelihatan Ust Rofazlin & Sdr Azmi membuat rakaman terhadap amanat-amanat yang diberikan oleh Syeikh AbdelRahim.

Pertemuan yang ringkas tetapi penuh bermakna itu diselang seli dengan perbincangan santai dan gelak ketawa. Kelihatan ceria meraka dari Gaza itu tetapi sesekali perincangan begitu serius apabila isu perjuangan dan apa yang ummat Islam perlu lakukan untuk membebaskan bumi Palestin dan masjidil Aqsa dari cengkaman rejim Israel yang zalim. Gambar kelihatan juga sifat mulia Hj Norazmi yang sentiasa melayan rakan-rakan dimeja makan. Kelihatan juga kesungguhan Hj Norazmi menjelaskan sesuatu yang begitu serius sambil diberi tumpuan oleh tetamu yang turut hadir.

Saturday 5 February 2011

Dakwah dan Tarbiyah Asas Pentadbiran Di Gaza





"Apa jua yang sedang dilaksanakan di Gaza sama ada di dalam aktiviti kerja-kerja kemanusiaan (humanitarian), pendidikan, keselamatan, politik dan ketenteraan adalah berasas dan berpaksikan Dakwah dan Tarbiyah" Kata syeikh AbdelRahim Shihab, aktivis kemanusiaan dan perunding kepada Jabalia City Municipality yang dalam rangka lawatan ke beberapa negara Islam termasuk Turki, Malaysia dan Indonesia.

Al-Qur'an adalah rujukan utama kepimpinan dan al-Qur'an siajar di Masjid-masjid, di sekolah-sekolah dan dirumah.Al-Qur'an dibaca, dihafaz dan dipelajari oleh semua golongan. Al-Qur'an menjadi rujukan dan panduan di dalam semua institusi keluarga, persatuan dan agensi kerajaan. Nilai-nilai murni sentiasa digali dari al-Qur'an bagi dijadikan panduan dalam segala gerak kerja.

Al-Sunnah yang dipelajari dari Hadith Nabi SAW adalah rujukan pelengkap selepas AL-Qur'an. Syekh Ahmad Yasin adalah di antara pemimpin, ulama' dan cendikiawan gerakan Islam yang telah mewakafkan hidupnya untuk membangunkan suatu gerakakan Islam yang merujuk dirah perjalanan nabi dan para sahabat di dalam keadaan senang mahupun genting. Nabi SAW pernah berdepan dengan musrikin dan dengan yahudi. Banyak panduan yang boleh diperolehi dari meneliti dan mempelajari sirah perjalanan Rasulullah SAW bermula di dalam peringkat lemah (pengikut yang sedikit), dan di dalam keadaan Islam berkembang dan kuat.

Gaza tidak mungkin bertahan dan tidak mungkin akan menang tanpa asas dakwah dan tarbiyah sebagaimana yang didemonstrasikan oleh junjungan mulia Rasulullah saw dan para sahabat R.A. dan kini dikembang-amalkan oleh gerakan Ikhwan Muslimin,

Ini adalah sebahagian dari kandungan ceramah Syeikh AbdelRahim dihadapan ahli-ahli IKRAM Johor di Ibu Pejabat IKRAM Johor di Tmn Universiti Skudai.

RM13,000.00 dijana ketika ziarah Syeikh Gaza ke JB



Alhamdulillah, bersempena lawatan Syeikh AbdelRahim Shehab ke Johor Bahru selama dua hari, lapan (8) ceramah telah dapat dianjurkan di sekitar Johor Bahru dan Kulai Jaya oleh Aqsa Syarif Sekretariat Negeri Johor yang dihadiri oleh pelbagai golongan dari golongan pelajar universiti, kanak-kanak sekolah, ahli-ahli prosesional, NGO dan ahli-ahli jamaah masjid/surau muslimin dan muslimat.

Ceramah berkisar isu Palestin, kekejaman rejim Israel, keadaan kehidupan di Gaza, Usaha-usaha membangun semula sektor ekonomi, pekerjaan, pendidikan, sosial dan infrastruktur oleh kerajaan Hamas di Gaza serta NGO-NGO.

Kerjasama rakyat Malaysia dalam bentuk do'a, sumbangan kewangan dan kepakaran turut dihuraikan, khusunya usaha sama di antara Aqsa Syarif dengan Islamic Society of Jabalia, Beaithlahya dan Khanyounis. Lawatan ke beberapa masjid, suarau, universiti dan NGO (IKRAM) di Johor telah memberikan gambaran sebenar bagaimana isu Palestin di tangani dan bagaimana masyarakat di Malaysia berusaha membantu rakyat Palestin di dalam perjuangan mereka.

Keluangan masa ketika tiada aktiviti khusus, Syeikh AbdelRahim telah sempat melawat kebun Getah dan Kelapa Sawt di sekitar Kangkar Pulai, melawat kawasan kampung dan kawasan Nusajaya.

Selain kutipan dana, pameran dan jualan produk Aqsa Syarif diadakan dan beberapa tajaan baru Anak Yatim dan Keluarga Miskin diperolehi. Allahu AKbar Walillahil Hamd.

Rejim Israel adalah Musuh Manusia, Binatang dan Tumbuh-tumbuhan




Syekh AbdelRahim Shihab, wakil Gaza di dalam ceramah di Masjid NurSyahadah Kg Melayu kangkar Pulai Johor mendedahkan kezaliman rejim Israel yang memusuhi bukan sahaja terhadap penduduk Palestin, malah tanam-tanaman dan binatang-binatang ternakan di Gaza sehingga kemusnahan berleluasa di Gaza di dalam serangan besar-besaran di bumi Gaza pada 27 Disember 2008.

Melalui jentera-tentera canggih, bom-bom dan jentera darat, rejim Israel telah memusnahkan bukan sahaja sejumlah lebih 6500 kematian dan kecederaan manusia, tetapi juga tanam-tanaman dan biantang-binatang ternakan. Pembaziran besar-besaran yang dilakukan rejim zionis kejam itu telah menyebabkan ribuan tenaga kerja terjejas dan makanan-makanan asas rakyat Gaza hilang skelip mata.

Rejim Israel jelas mendedahkan kezaliamnnya merentasi semua jenis kehidupan di muka bumi. Tidak pernah ada suatu bangsa yang sezalim dan sekeras itu terhadap kehidupan di bumi selain rejim Israel.

Kemusnahan yang dahsyat juga dilakukan Israel terhadap infrastruktur dan bangunan-bangunan awam. Diantar statistiknya ialah kemusnahan jalan, jabantan saloran paip air, dan pembentungan. Sekolah-sekolah dan masjid juga dimusnahkan menyebbkan pelajar sekolah terpaksa bersekolah dengan 3 sessi sehari dan setiap kelas terpaksa menampung sehingga 50 pelajar.

Kemusnahan pelbagai bentuk yang dilakukan oleh rejim Israel zalim dan kejam benar-benar menyebabkan keperitan hidup dan kesusahan rakyat Gaza yang termat sangat. Oleh kerana rakyat Gaza adalah suatu bangsa yang beriman yang berjati diri, mereka tidak rela hidup melarat, segala usaha dilakukan walaupun terpaksa menggali terowong-terowong yang dalam dan merbahaya untuk mendapatkan bekalan dari negara jiran Mesir bagi mereka meneruskan hidup sebagai hamba Allah dan pejuang (mujahidin) Palestin dan Masjidil Aqsa.

Sesiapa Yang Menjaga Anak Yatim - Rasulullah Akan Bersama Mereka Di Syurga.





“Aku dan Sesiapa yang menjaga anak yatim adalah seumpama dua jari ini nanti di Syurga…” sambil menunjukkan 2 jari telunjuk dan jari hantu. Begitulah maksud hadith Rasulullah SAW.

Penjelasan di atas dihuraikan oleh Syekh AbdelRahim Shehab di dalam ceramah beliau di bebrapa tempat termasuk di Masjid Tmn Sri Pulai Perdana Skudai Johor. Beliau menyatakan bahawa keganasan Israel yang menangkap orang-orang dewasa sesuka hati dan memenjarakan dan menyiksa hingga puluhan tahun, menyebabkan ramai kanak-kanak yang kehilangan orang tuanya. Serangan bersenjata besar-besaran dan berterusan sehingga menyebabkan kematian orang-orang dewasa juga menjadikan kini anak-anak yatim meningkat di Gaza mencecah 5,000 orang.
Mereka sudah dikenalpasti dan di bawah pengawasan NGO-NGO di Gaza dan kemi memantau kehidupan mereka agar mereka terpelihara dan tidak terbiar serta menjadi nakal, malumlah mereka adalah kanak-kanak yang masih belum matang. Oleh itu bantuan berterusan kepada mereka sangat-sangat diperlukan. Mereka perlu diberikan makan, pakai, bimbingan dan pendidikan.

Syekh AbdelRahim menyanjung Aqsa Syarif yang menjadikan projek anak angkat yatim piatu menjadi projek utama yang kini sedang menguruskan sejumlah 500 anak-anak yatim melalui kutipan tajaan USD50 sebulan seorang anak yatim. Aqsa Syarm berterusan menawarkan peluang kepada orang awam menaja anak-anak yatim dengan sumbangan berterusan setiap bulan.

Selain membantu mereka yang memerlukan, projek ini sangat bermakna bagi pelbagai Persatuan Islam yang sedang menguruskan anak-anak yatim di Gaza dan seluruh Palestin. Setiap penaja boleh mengisi borang secara on-line di sesawang http://aqsasyarif.org.my dan setiap tajaan akan diberikan bio-data anak yatim serta sijil dari Aqsa Syarif. Hubungi pejaba Aqsa Syarif untuk maklumat lanjut.

Masjid Tmn Sri Pulai Perdana adala sebuah masjid yang aktif dalam isu Palestin. Semenjak Hari Raya Aidil Fitri, 3 ceramah sudah berjaya dianjurkan di Masjid ini dan masyarakat Palestin Insya Allah dekat di hati ahli-ahli jamaah Masjid ini.



Gambar bawah: Pengerusi BoT menyerahkan cek tajaan anak-anak yatim Pelestin pada tahun lalu.

Umat Islam diseru segera membebaskan Masjid Al-Aqsa







Ketika berceramah dihadapan pelajar-pelajar UTM di Masjid Sultan Ismail Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor sebaik solat Jumaat pada 4 Feb 2011, wakil Gaza, Syeikh AbdelRahim Shehab menyeru seluruh ummat Islam berusaha bersungguh-sungguh mengembling tenaga, kewangan dan do'a ke arah pembebasan Palestin, pengusiran orang-orang Yahudi untuk balik ke negara masing-masing di Eropah, Romenia, Rusia USA dan lain-lain.

Berceramah di hadapan pelajar-pelajar dan staf UTM yang datang dari seluruh dunia, beliau menekankan bahawa janji Allah pasti tiba iaitu kemenangan membebaskan bumi ambiya' Palestin yang sedang dijajah dan dinodai oleh rejim Yahudi. "Anda semua perlu menyumbang dan menanam saham agar apabila bertemu Allah nanti, anda akan mempunyai jawapan akan kewajipan membebaskan tanah Palestin ummat Islam".

Kehadiran orang-orang Yahudi di bumi Palestin adalah suatu yang menyalahi etika kemanusiaan, undang-undang dan peraturan. Mereka tiada hak ke atas tanah Palestin. Mereka sedang merampas hak rakyat palestin yang berjumlah 6juta orang yang kini menjadi Pelarian di luar negara Palestin seperti di Lubnan Jordan, Syria dan lain-lain negara. Rejim ahudi juga sedang merampas hak Umat Islam seluruh dunia untuk ke Masjiddil Aqsa. Mereka akan kita usahakan kembali ke tanah masing-masing melalui Jihad dan regim Israel Yahudi mesti diusir keluar dari bumi Palestin.

Sokongan dari para pelajar antarabangsa dan tempatan yang sedang belajar di UTM jelas terbukti apabila dikira kutipan derma mencecahlebih RM4000.00. "Minggu ini adalah minggu curi semester dan lebih 65% pelajar balik kampung..." kata seorang staf UTM. SUmbangan sejumlah RM3,000 turut diserahkan oleh YDP Persatuan kakitangan Akademik UTM, PM Dr Aminuddin Ruskam.

Syeikh AbdelRahim Shehab diakhir ceramah sempat bertemu pelajar-pelajar dari Palestin khususnya dari gaza yang sedang melanjurkan pelajaran mereka di UTM. Sejumlah 27 pelajar Palestin sedang belajar di UTM Johor.

Mujahid, Anak Yatim, Tahfiz, .... di setiap rumah di Gaza ...!






Sesi khas Syekh AbdelRahim Shehab dengan ahli-ahli IKRAM dan aktivis Aqsa Syarif di Pejabat IKRAM Johor di Taman Universiti Johor Bahru menyentuh perasaan para hadirin apabila beliau menyatakan bahawa "jika anda mengetuk mana-mana pintu rumah orang di Gaza, Insya Allah anda akan dapat di dalam rumah tersebut satu hingga lima jenia penghuninya ... iaitu anak yatim, orang yang hafiz Qur'an, Orang yang cacat anggota, Mujahid atau ahli keluarga yang tiada dirumah kerana berada di penjara Isra'el.."

Di Gaza sememang anda akan temui ramai anak-anak yatim atau yatim piatu. Ini adalah kerana kematian ibu atau bapa atau kedua-dua ahli keluarga yang disebabkan serangan dan keganasan rejim Israel terhadap rakyat Gaza, Sejumlah 1,500 orang syahid ketika serangan tidak berpri kemanusiaan Israel terhadap Gaza pada akhir Disember 2008.

5,000 penduduk Gaza telah mendapat kecedraan samada terkena tembakan, bom atau runtuhan bangunan-bangunan yang dibom secara berterusan selama 3 mingu itu, oleh itu sehingga ke hari ini terlalu ramai yang tidak mendapat rawatan disebabkan sekatan yang dilakukan Israel.

Sehingga kehari ini sejumlah 11,0000 rakyat Palestin yang dikurung di dalam penjara-penjara di Israel. Mereka bukan orang yang salah, sebaliknya kerana mereka hanya ingin memeprtahankan hak dan menghalang orang Israel yang jahat dan ganas yang sewenag-wenangnya merampas dan merompak bumi Palestin.

Walaupun tekanan, ancaman, kezaliman dan sekatan dilakukan oleh Israel terhadap Gaza, rakyat di Gaza tidak pernah mengalah dan undur kebelakang. Malah kehidupan dilalui dengan penuh keyakinan dan dengan keimanan dan mujahadah. "Banyak masjid yang menjadi pusat-pusat tahfiz di Gaza ... dan kebanyakkan program tahfiz di Gaza berjaya melahirkan para tahfis yang berumur dari 9 hingga 18 tahun" jelas Syekh AbdelRahim. Sejumlah 40,000 pelajar telah disahkan tahfiz pada suatu program cuti Musim Panas baru-baru ini yang turut dihadiri Perdana Mentrinya Dr Ismael Haniyeh.

Merakalah bakal-nakal pejuang ummat yang akan mampu membebaskan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa yang penuh barakah Insya Allah.