Saturday 19 February 2011

Ikrar Memperjuangkan Palestin Bergema dari UniKL MFI










19 Feb 2011 di dewan perhimpunan UniKL MFI Bandar Baru Bangi bergema ikrar dan slogan anak-anak muda untuk memperjuangkan pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Dengan penuh disiplin dan profesional, majlis penutupan Minggu Peghayatan Islam UniKL MFI (MPI2011) anjuran RuHIS UniKL MFI dihiasi dengan beberapa acara menarik termasuk persembahan mantap penasyid tahan air INTEAM, Persembahan Nasyid Ruhul Jihad oleh kumpulan nasyid UniKL, serta ceramah ringkas Palestin & Aqsa2Gaza oleh Prof Madya Dr Mohd Zin dari Aqsa Syarif. Dihadiri oleh para pelajar UniKL, pelajar universiti berdekatan dan staf UniKL, majlis tersebut juga dihiasi dengan pameran dan jualan produk-produk Palestin dari Aqsa Syarif.

Dr Mohd Zin membawa tajuk "Keganasan Israel di Bumi Palestin: Siapa Yang Harus Membela?" menjelaskan secara ringkas sejarah kekejaman Zionis Israel di bumi Palestin. Pengalaman menyertai Konvoi Kemanusiaan Jalan Darat ke Gaza, A2G VP5 turut dikongsikan kepada para hadirin yang hadir. Umat Islam dan para pemuda harus prihatin di atas apa yang berlaku di Palestin. Pembebasan bumi yang penuh keberkatan itu serta Masjidil Aqsa adalah tanggungjawab semua dan perlu dilibati oleh seluruh ummat. Anak-anak muda di IPT yang masih bersemangat dan bertenaga, wajar mengembling tenaga untuk turut menyokong dan menggerakkan aktivisma di dalam usaha kempen kesedaran dan penjanaan dana membantu Palestin.

Turut hadir ialah Dekan Kampus UniKl Prof Madya Haron Abas yang turut menyampaikan sumbangan warga UniKL untuk tabung Palestin Aqsa Syarif.

MPI2011 dijalankan dengan pengemblingan tenaga para pelajar yang soleh dan solehah yang diketuai oleh pengarahnya Mohd Shah Redza dan dibimbing oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Sdr Salehuddin serta penasihatan Dekan Kampus UniKLMFI. Program seminggu yang telah dijalankan meliputi aktiviti rekreasi, explorace, forum dan hiburan cara Islam.

Majlis bertambah menarik dengan pimpinan dua pengacara ikhwah dan akhawat yang begitu petah berbahasa Melayu, Inggeris, Arab dan Perancis. Dengan aktiviti yang sihat sebegini rupa dan bimbingan tarbiyah yang berterusan, Insya Allah mereka akan berupaya menjadi pemimpin masa hadapan yang berwibawa. Mudah-mudahan cerah masa depan Malaysia.

Tahniah UniKLMFI ... Teruskan Usaha Murni Anda...!

2 comments:

  1. Jazakallahu khoran kepada Dr kerana sudi sempat juga menjegah dan berkongsi banyak pengalaman berguna bagi kami di MFI ini,ini secara tidak langsung membakar semangat perjuangan kami untuk membela sahabat kami di PALESTINA tercinta,insyallah selagi jasad ini masih bernyawa setitis darah yang mengalir di sana akan kami tebus kembali wahai PALESTINA..

    ReplyDelete
  2. tahniah dan syabas dari warga blog menujuketoulouse atas kesungguhan semua yang telah menjayakan aktiviti penuh berkat ini. barakallahufikum...

    ReplyDelete