Friday 4 February 2011

Kilang Roti Untuk Keperluan Seluruh Gaza






4 Feb 2010, di Surau Nurul Salam Tmn Pulai Indah, Kangkar Pulai Johor, Presiden Persatuan Islam Jabalia, Syekh AbdelRahim Sehab mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyumbang dana pembinaan sebuah kilang roti yang akan dibangunkan di Gaza. Kilang tersebut akan mampu menghasilkan roti untuk diedarkan ke seluruh semenanjung Gaza. Syekh Abdel Rahim Sehab menyatakan bahawa terdapat tiga golongan rakyat yang akan menjadi sasaran projek tersebut. Pertama untuk diedarkan kepada rakyat termeskin di Gaza secara percuma; kedua untuk dijual kepada rakyat yang kurang berkeupayaan dengan harga kos; dan ketiga untuk dijual kepada rakyat biasa dengan harga yang berpatutan.

Projek kilang roti ini diputuskan selepas kembalinya sukarelawan aqsa2gaza viva palestina 5 yang berjaya menembusi sekatan Israel dengan kenderaan ambulance pada 21 Oktober 2010. Projek yang bernilai sekitar RM1,000,000.00 itu dijangkan ditanda tangani oleh pihak Aqsa Syarif dan Islamic Society of Jabalia pada pertengahan bulan Februari ini dan dijangka memulai pembinaannya pada akhir Mac 2011.

Syekh AbdelRahim adalah dalam rangka lawatan ke tiga negara Islam yang menyokong kuat perjuangan Palestin iaitu Malaysia, Indonesia dan Turki. Beliau berada lebih kurang 2 minggu di Malaysia. Kehadirannya di Malaysia dimanfaatkan dengan aktiviti road-show ke Johor dengan menjadi tetamu Sekretariat Aqsa Syarif Negeri Johor yang dipengerusikan oleh PM Dr Abdull Rahim Yusof. Selain menjadi tetamu Aqsa Syarif, Syekh AbdelRahim juga akan menemui beberapa bandar untuk mencadangkan konsep 'bandar berkembar'.

Orang ramai, individu usahawan dan badan-badan korporat dijemput membiayai beberapa projek lagi di Gaza dan pengurus projek-projek di Malaysia ialah Aqsa Syarif.

2 comments:

  1. Lets we all help to make this things happen!!

    ReplyDelete
  2. Yes... Insya Allah. We can do it... as part of the action plan to liberate Palestine & Al-Aqsa Mosque.

    ReplyDelete