Wednesday 15 September 2010

Konvoi Darat Tiba di Doha Alhamdulillah



15 Sept 2010 jam 23:30 waktu Doha Qatar (03:30 waktu Malaysia) mendaratnya flight Qatar Airways di lapangan terbang antabangsa Doha yang turut membawa tujuh sukarelawan AQSA. Mereka kemudian disambut oleh staf Hospital Doha yang bertugas bersama Dr Azhar (rakyat Malaysia). Setelah melepasi pemeriksaan imigresen dan mendapat visa lawatan, dua orang rakyat Indonesia yang menjadi imam di Doha bersama dua kenderaan menjemput sukarelawan AQSA dan membawa ke rumah Dr Azhar di pinggir bandar Doha.
Kesempatan masa digunakan para sukarelawan membersih badan, bersolat, membaca Qur'an, tidur seketika, menyalin rakaman gambar-gambar di dalam memori, menyemak tugasan dan menerbitkan bahan untuk dikongsi pembaca blog.
Sekitar jam 05:00 pagi waktu tempatan, para sukarelawan akan bergerak semula ke lapangan terbang Doha bagi menaiki kapal terbang ke London yang akan terpang pada jam 07:35 pagi 16 Sept. 2010.

1 comment:

  1. harap selalu update utk org malaysia taw perkembangan semasa mengenai misi ini....=)

    semoge beerjaya.

    ReplyDelete