Thursday 23 September 2010

Konvoi Menuju Pelabuhan Ancona Itali




23 Sept 2010, Konvoi kemanusiaan global laifeline for Gaza Viva Palestina-5, di awal pagi ini berlepas dari tempat penginapan di service Station berdekatan Bandar Bologna Itali (kumpulan kedua) dan di Service Station di Segnillia (kumpulan pertama) . Cuaca di awal pagi baik, namun suhu begutu rendah iaitu sekitar 6 darjah Celsius. Apabila hari semakin siang, suhu naik mendadak sehingga mencapai 15 darjah Celsius membolehkan para sukarelawan konvoi megenakan pakaian yang casual. Perjalanan ke pelabuhan Ancona ini adalah perjalanan terakhir di bumi Itali sebelum menyeberangi Laut Adriatic menuju Greece.
Perjalanan di semenanjung tengah Itali merentasi lading-ladang yang luas yang ditanami gandum, bunga matahari, zaitun dan padang ragut lembu/kambing.
Perjalanan yang memakan masa 1.5 – 2.5 jam dijangka tiba di Bandar pelabuhan Ancona sebelum menaiki Cruise sepanjang malam menuju Greece (Pelabuhan Igoumentitsa) sebelum meneruskan perjalanan ke Thessaloniki.
Insiden Hari ini:
a. Kumpulan ke dua konvoi memasuki kawasan feri lebih awal tanpa menunggu kumpulan pertama. Ini menyebabkan kumpulan terpaksa menunggu di pesisir dock. Kebaikkannya ialah kumpulan ini dapat menemui pemberita dan dapat merakamkan beberapa rakaman sekitar dock.

2 comments:

  1. salam. IM dah linkkan A2G ke blog IM untuk selalu ikuti perkembagan kembara A2G.

    sampaikan salam IM kepada sahabat-sahabat JIM dan ISMA...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, jzkk di atas inisiatif saudara. Allah sayangkan akhie.

    ReplyDelete