Wednesday 8 September 2010

Tujuh (7) Sukarelawan AQSA akan menyerati Konvoi yang membawa barangan keperluan untuk rakyat PALESTIN




PENGENALAN RINGKAS:

Misi kemanusiaan ke GAZA anjuran VIVA PALESTINA disertai oleh pelbagai pertubuhan sukarela satu dunia termasuk Viva Palestina Malaysia dan Aqsa Syarif (AQSA). Konvoi puluhan kenderaan pelbagai jenis dan saiz akan berlepas dari LONDON pada 18 Sept 2010 membawa pelbagai bantuan kepeluan penduduk Palestin/Gaza yang telah sekian lama dizalimi, dicederakan, dibunuh, dinafikan hak dan dikepung oleh regim zionis yahudi zalim. Penduduk Gaza sangat memerlukan makanan, perubatan, alatan pembelajaran dan bahan binaan bagi mereka meneruskan hidup seperti manusia biasa.


PENYERTAAN AQSA DALAM MISI KEMANUSIAAN:

Tiga (3) kenderaan telah dibeli dengan harga RM165,000.00 dan usaha sedang dibuat untuk membeli pelbagai keperluan bagi dibawa ke Gaza. Kenderaan akan dipandu oleh 6 sukarelawan AQSA.


BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU PALESTIN:

Di hari dan bulan Ramadhan dan Syawal yang penuh barakah, salurkan bantuan anda kepada wakil-wakil AQSA. Atau Bank In ke Akaun Maybank: AQSA SYARIF BERHAD. A/C No. 551575-004299. CIMB 12160000452101 (akaun Pengurusan).

Tel: 03-87334636; Fax: 03-87349636;

E.mail: admin@aqsasyarif.com

Web: www.aqsasyarif.com; www.aqsa2gaza.blogspot.com

2 comments:

  1. Semoga Allah berkati usaha rakyat Malaysia membantu saudara2 kita di Palestin...

    ReplyDelete