Sunday, 17 October 2010

Arus Baru Sokongan Perjuangan Palestin


17 okt. 2010 Latakya, Syria 2300 hrs. InsyaAllah Konvoi VP5 akan bergerak ke Mesir esok (18 Okt jam 8 pagi)setelah berada di sini selama 15 hari. Setiap malam hidup dengan aktiviti-aktiviti ceramah-ceramah, persembahan kebudayaan pelbagai negara, qasidah-qasidah dan taklimat-taklimat.

Tengah hari tadi wakil Hamas Dr Musa bin Abu Marzuk di antara pemimpin tertinggi Hamas di Syria hadir di dalam majlis khas dan berucap menyatakan sokongan padu
kepada konvoi VP5. Beliau memuji Konvoi dan mengaitkkannya dgn peristiwa Hizful Fudul yang berlaku di kota Mekah di zaman awal kenabian Muhammad SAW. Apabila seorang 'Arab dizalimi, segolongan puak bangkit membelanya sehingga telah mencetuskan satu peperangan besar di antara dua puak 'Arab. Setiap suku menyokong salah satu puak yang bertelagah dan Nabi SAW yg masih remaja menyokong puak pembela bangsa 'Arab yg tertindas itu sehingga akhirnya perang itu tamat apabila 2 puak itu bersetuju untuk hidup aman damai tanpa wujudnya kezaliman lagi.

Konvoi VP 5 ini membawa satu "message" yang jelas utk memecahkan sekatan ekonomi, membawa bantuan kepada penduduk yang ditindas dan menyatakan sokongan yang padu, penduduk Gaza tidak keseorangan di dalam perjuangan ini.

Konvoi VP 5 dari pelbagai bangsa, pelbagai agama dan mewakili 30 negara adalah satu gelombang besar mewakili jutaan manusia di Timur dan di Barat. Ada wakil dari Amerika dan Kanada, Australia dan New Zealand, Malaysia dan Indonesia, Utara Afrika dan Timur Tengah bahkan dari Great Britain dan Benua Eropah. Kesemua ini membawa satu harapan yg baru yang tembok Aphataid telah retak dan menunggu masa saja untuk runtuh.


Penduduk di Palestin iaitu di Gaza dan di Tebing Barat sudah puluhan tahun ditimpa malapetaka yang dahsyat ini. Pertubuhan Bangsa-nangsa Bersatu tidak dapat membuat apa-apa cuma dapat mengeluarkan resolusi tanpa penguatkuasaan. Dunia memejamkan mata di atas kezaliman demi kezaliman.

Konvoi VP 5 meluncur merentasi benua eropah membawa panji-panji kemanusian yang tidak sanggup lagi membiarkan perlakuan durjana rejim yahudi yang sangat ganas ini keatas penduduk Palestin yang tidak berdosa.

Seolah-olah wujud dua golongan yang satu puak kebenaran yang ingin menegakkan keadilan dan satu lagi puak kebatilan yang sanggup membuat kezaliman untuk mencapai impian. Pertembungan ini baru bermula sejak VP 1 lagi dan ia adalah satu sinar yang kebatilan akan akan berhadapan dengan yang hak. Sejarah telah membuktikan yang HAK AKAN MENANG AKHIRNYA.

Walaupun laluan tidak mudah ke BUMI PALESTIN dan terlalu banyak rintangannya tetapi rintangan ini telah mengukuhkan lagi kesatuan konvoi. Sukarelawan LL4G4 menyaksikan 9 rakan mereka terkorban diatas kapal MAVI MARMARA (MM). 35 orang yang berada di atas kapal MM turut menyertai VP5. Kehadiran mereka menguatkan sukarelawan yang lain walaupun ada di antara mereka yang sudah berusia lanjut contohnya Syeikh Ismail Ali Nasywan 83 tahun. Kesian Syeikh ini beliau diantara sukarelawan yang tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa Mesir ke bumi Gaza, Palestin.

Walau apa pun rintangan dan syarat-syarat yang dikenakan, Konvoi VP 5 telah bergerak dan berhenti dan akan mula bergerak semula. Kita mengharapkan yang terbaik. Allah swt akan membawa kami masuk ke Gaza dengan bantuan dan sumbangan para dermawan dengan satu harapan kezaliman akan musnah dan keadilan akan muncul semula-sekatan ekonomi keatas penduduk palestin ditamatkan.

wassamu'alaikm ww.
abdul wahab yahya

1 comment: