Ternyata kelewatan kapal yang akan membawa peserta konvoi ada hikmahnya. Ini kerana pada waktu yang sangat lewat, kerajaan Mesir telah mengeluarkan senarai 17 peserta konvoi yang dilarang memasuki Mesir. Jika kami bertolak pagi tadi, pastinya senarai tersebut diketahui setelah kami berada di atas laut.
Pada sidang media yang diadakan di kem Latakia tengah hari tadi, George Galloway, ketua konvoi darat VP5, menyifatkan senarai tesebut sebagai 'absurd and foolish'. Dengan mengawal perasaan marahnya, beliau mencontohkan Amena Saleem-Uddin dari United Kingdom. Apa yang tidak masuk akal adalah, senarai tersebut menyatakan Amena dilarang atas sebab beliau dikatakan adalah isteri kepada pimpinan Viva Palestina. Sedangkan Amena masih bujang dan tidak pernah berkahwin. Apa yang George katakan adalah, mungkin pihak Risikan Mesir terkeliru dengan bekas isteri beliau dahulu yang namanya juga Amena. George menyindir yang unit Perisik Mesir perlu lebih berhati-hati.
Video di bawah adalah klip tentang Amena pada sidang media tersebut ---
dan di sini adalah komen Amena tentang larangan terhadap beliau ---
Jadi, apakah pendapat anda? Masuk akal?
No comments:
Post a Comment