Sama ada di Gaza mahupun di kem-kem pelarian khususnya yang kami temui di Latakia ketika kami di sana, remaja dan pemuda palestin yang begitu rajin dan berakhlak mulia, selalu senyum, ringat tulang dan rajin beribadah ... rupa-rupanya terselit perasaan sedih dan pengharapan yang teramat sangat yang kami temui apabila duduk bersama mereka berkenalan dan berbincang hati ke hati.
Jika di Gaza dan di Tebing barat, mereka sudah 'terpenjara' oleh pemerintahan zalim rejim Israel laknatullah. Mereka bukan sahaja susah untuk mendapatkan makanan dan perubatan, malah untuk mereka belajar dan memajukan diripun digangu dan dihalang. Sekolah, madrasah dan universiti dibom dan dimusnahkan, peralatan sekolah dan buku-buku tidak dibenarkan dibawa masuk ke Gaza dan banyak lagi yang dihalang. Pendeknya rejim Yahudi memang berniat jahat ! Mereka ingin memusnahkan masa hadapan remaja dan pemuda-pemuda Palestin. Apakah ada di dunia ini satu bangsa seumpama rejim Zionis ?
Itulah satu bangsa yang sebenarnya tidak bertamadun walaupun hidup di zaman yang serba moden.
Sudahlah di Gaza begitu, anak-anak pelarian di luar palestin juga melalui hidup remaja dan muda dengan perjuangan yang amat perit. Saya temui beberapa pemuda yang saya maksudkan di atas bahawa mereka sukar untuk menyambung pelajaran, sukar mendapat pekerjaan dan sukar untuk membina kehidupan.
Sebagai pensyarah di UTM dan Ketua Jabatan Post-Graduate, saya amat-amat ingin untuk membantu mereka. Mungkinkah dapat diusahakan. Tentunya bolehseandainya saya mendapat kerjasama dari pelbagai pihak di Malaysia nanti.
Saya difahamkan sebelum ini, rakyat Palestin adalah di antara orang yang rajin dan mempunyai potensi untuk cemerlang. Lihatlah sahaja pemimpin-pemimpin pergerakan mereka khususnya Hamas. Mereka kebanyakkannya memiliki kelulusan Kedoktoran dan PhD. Jika pemuda-pem,uda dan remaja-remaja mereka diberi peluang yang sama, Insya Allah mereka bukan sahaja dapat membantu kesusahan rakyat Palestin mereka sendiri malah boleh membantu di dalam kemajuan Ummah Islamiah secara keseluruhannya.
Mereka yang di Latakia Syria, ramai yang berhasrat untuk menyambung pelajaran. Namun mereka sukar untuk keluar negara kerana mereka tidak memiliki dokumen perjalanan. Mereka sebenarnya hanya boleh berada di Syria sahaja! Tetapi jika ada usaha khusus dilakukan, mereka boleh menyambung belajar ke luar negara dan boleh memajukan diri. Mereka juga sebenarnya perlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran.
Nasib yang lebih buruk sebenarnya dihadapi oleh anak-anak remaja dan pemuda pelariuan Palestin di Lubnan.
Bagi pelarian Palestin di Jordan, seorang pemuda yang kami temui di Kem Askari sebelum ini agak mempunyai nasib yang baik, kerana di dalam sejarah, Tebing baratdan tebing Timur (Jordan) pernah menjadi suatu wilayah dan sejarah tersebut telah membuatkan pelarian Palestin di Jordan sebahagiannya memiliki kerakyatan Jordan. Mereka ini berpeluang belajar,bekerja, malah boleh menyambung pelajaran keluar negara mengikut pilihan mereka walaupun status sebagai pelarian masih menekan kehidupan mereka yang masih menanam azam untuk kembali ke tempat tumpah darah orang tua mereka.
# Penulis bersama beberapa remaja pemuda palestin di kem Askari (penginapan) Latakia Syria.
No comments:
Post a Comment