Saturday 9 October 2010

2 Okt Hingga Kini 9 Okt Masih di Latakya Membuat Pelbagai Persiapan





Konvoi masih membuat persiapan terakhir dengan pelbagai tugasan di 'perkampungan' sementara iaitu kem latihan pengakap di Latakya Syria. Pelbagai keperluan mengemaskini seperti menerima kenderaan-kenderaan dari pelbagai nagara teluk, Jordan dan Algeria, menyenaraikan barangan ubat-ubatan dan alattulis yang perlu dimasukkan di dalam setiap kenderaan dan menyediakan semua dokumentasi keperluan kastam dan pemandu.

Sememang di Latakya adalah pusat tempat berkumpulnya semua sukarelawan konvoi iaitu dari UK dan Eropah dari arah utara, Jordan dan negara-negara teluk dari arah timur dan Algeria & negara-negara afrika utara dari arah barat.

Terlalu banyak persiapan sedang disiapkan dan ianya dilakukan dengan arahan ketua-ketua jabatan yang telah diwujudakan. Di antaranya ialah jabatan kenderaan, jabatan bantuan (aids), jabatan dokumentasi dan sebagainay. Manakala untuk mengurus kehadiran, aktiviti dan keselesaan para sukarelawan yang berkampung di Latakya ini, beberapa unit diwujudkan seperti unit keselamatan, unit perkhidmatan, unit aktiviti dan lain-lain bagi menampuny sejumlah keperluan sekitar 300 sukarelawan, agensi media dan 100 urusetia.

Organisasi berbentuk sukarela yang dipimpin oleh Viva palestina UK kelihatan begitu kemas dan terkawal. Kerjasama dari pelbagai pihak seperti pihak kerajaan Syria dan sukarelawan tempatan juga sangat membantu melicinkan urusan persiapan sementara menunggu keizinan pihak Mesir untuk berlayar ke Al-Arish dan seterusnya menuju Gaza.

Semua sukarelawan Aqsa2Gaza berada di dalam keadaan baik dan sihat hari ini dan turut memberikan tenaga dan fikiran kepada urusetia konvoi. Sdr A. Wahab & Ust Rofazlin menganggotai unit keselamatan, Sdr Azmi, Hj taufiq dan Yusof membantu unit barangan bantuan, Saudara Hj Norazmi ditugaskan menyemak keadaan kenderaan dan kebajikan makanan sukarelawan A2G, manakala Dr Zin menjalankan tugas-tugas khas dan penyelarasan.

Kerjasama erat juga dijalankan dengan sukarelawan VPM dan wakil Media Prime / TV 3 yang membuat liputan di dalam konvoi kali ini.
# Gambar kemah penginapan sementara para sukarelawan.
# Gambar Sdr Azmi berbincang dengan sukaralawan negara lain di unit persiapan barangan. # Gambar saudara A Wahab memeriksa identiti pengunjung di pintu masuk segabai unit keselamatan.
# Gambar 3 penggerak utama Konvoi; Mr Kevin, Miss Niki & Dr. Zahir turun padang melawat pusat pengurusan barangan bantuan ke Gaza.

No comments:

Post a Comment