Sunday, 3 October 2010
Dugaan datang silih berganti
Salam,
Kami titipkan salam perjuangan buat saudara - saudara dan teman seangkatan dalam perjuangan ini.
Sekadar mengambil peluang mencoretkan beberapa perkara di cyber cafe dari Pekan Latakia, Syria sementara menantikan kedatangan bas yang datang menjemput kami. Di Latakia ini, kami ditempatkan di sebuah kem yg berdekatan dengan saudara - saudara kita dari bumi Palestin. Kami mula diberi arahan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri, kenderaan dan sebagainya sementara menantikan arahan untuk bergerak menuju pelabuhan bagi meneruskan perjalanan ke Egypt. Kami dimaklumkan yg kami akan menetap selama beberapa hari disini sementara menunggu "lampu hijau" dari Egypt. Mohon daripada saudara - saudara semua agar dapat sentiasa memberikan semangat dan motivasi yg berpanjangan untuk kami meneruskan sisa - sisa perjuangan menjejakkan kaki di bumi para anbia' atau menitiskan darah syuhada' di bumi bersejarah ini. Sebarang khbar angin atau berita yang belum tentu kesahihannya harap tidak dititipkan kepada kami di sini.
Semalam, kami telah menempuh perjalanan yang panjang dari Adana Turki ke Latakia Syria ini. Hampir 20 jam ( 18 jam - 9.00 pagi hingga 3.30 pagi ) kami memandu dalam keadaan tidak sempat makan tengahari dan malam semata-mata untuk mengejar masa agar dapat meraikan penduduk Syria yang telah lama menanti kami di pintu masuk sejak jam 4.00 petang. Dalam keadaan itu, Allah mendatangkan ujian ke atas kami - barangkali untuk memantapkan lagi kekuatan bagi kami menempuh ujian yang lebih besar. 7 buah kenderaan terlepas dari deretan konvoi menyebabkan tersesat ke jalan lain, ekoran itu 2 orang sahabat Italy serta merta mengambil keputusan menarik diri dari konvoi ini kerana keletihan yang dialami. Setelah perbincangan dan proses pujuk memujuk diberikan, maka sahabat tersebut telah membuat keputusan untuk hanya tidak meneruskan perjalanan sementara bersama kami ke Latakia, sebaliknya akan berhenti berehat di hotel sebelum mereka meneruskan perjalanan sendiri pada esoknya.
Perjalanan diteruskan dengan baki kenderaan yg ada, Allah menguji lagi kami-kenderaan yang dipandu oleh akhi Yusof bersama Ustaz Rofazlin telah mengalami sedikit kemalangan di bahagian dinding kanan menyebabkan satu kemekan dan gurisan yang agak besar. Kenderaan bergesel dengan bucu belakang lori yang sedang parking. Mungkin disebabkan keletihan, kelaparan, mengantuk dan sebagainya. Alhamdulillah akhi Yusof dan Ustaz Rofazlin tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kenderaan yang dipandu Dr Zin dan Faizal (VPM) pula hampir-hampir bergesel dengan sebuah kenderaan di sebuah pekan di dalam perjalanan yang sudah melepasi tengah malam. Bukan kerana kcuaian kami Insya Allah, tetapi kami sememang terkejut dengan bentuk pemanduan di Syria begitu berubah secara drastik setelah kami melalui di beberapa negara. Menurut Dr Zin "Saya seolah-olah yakin bahawa bunyi geseran berlaku ..! tetapi Allah izin tidak ! mungkin hanya beberapa milimeter sahaja gap antara kenderaan, dengan Izin dan pertolongan Allah, ALhamdulillah".
Di dalam perjalanan semalam juga ketika destinasi ke Latakya berbaki 180km dan sudah melepasi tengah malam, ketua bahagian kenderaan Mr Ammar memberhentikan konvoi dan mengadakan mesyuarat ditepi jalan kerana ada yang sudah tidak sanggup meneruskan perjalanan kerana terlalu letih. Namun sukarelawan Malaysia setelah bersyura' memutuskan untuk meneruskan perjalanan bersama Mr Ammar dan konvoi yang lain dengan strategi menukar pemandu 20-30minit sekali bagi memastikan sampai di destinasi sebelum subuh. Rupa-rupanya keputusan tersebut adalah yang terbaik dibuat setelah briefing dari ketua konvoi di dengar pada pagi berikutnya.
Selepas ini, pemanduan sebenarnya tidak begitu mencabar, kerana dari Latakya, konvoi akan menaiki kapal/feri ke Al-Arish dan jalan dari Al-Arish Mesir ke sempadan Gaza akan bergerak secara sistematik Insya Allah.
Untuk itu, dipohonkan sekali lagi kepada semua sahabat, saudara-mara untuk sentiasa mendoakan kekuatan, kesihatan dan semangat berpanjangan kepada kami dalam menreuskan perjuangan ini. Doakan juga moga Allah yang Maha Bijak menentukan segalanya agar memberikan keputusan yang terbaik buat kami : Hidup Mulia atau Mati Syahid. Ameen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semuga Selamat Segalanya, akhi... ameen.
ReplyDeleteSmall ujian, teruskan perjuangan!!!
Ws