Sunday, 10 October 2010
Sukarelawan Aqsa2Gaza Meneruskan Thawabit Berjamaah
Pagi semalam selepas solat subuh, 7 sukarelawan A2G berkumpul di bilik Ust Rofazlin (unit Tarbiyah A2G) memenuhi kewajiban sebagai anggota IKRAM dan aktivis Aqsa Syarif iaitu menjalani majlis Usrah yang sudah menjadi kewajipan semua untuk sekian lama.
Dimulai dengan bacaan satu muka surat mushaf al-Qur'an setiap sukarelawan mengikut setakat mana masing-masing berhenti dalam tadarus sambil disemak yang lain, usrah disambung dengan tafsir surah AL-Mulk oleh Ust Rofazlin.
Permulaan surah Al-Mulk menegaskan kekuasaan hakiki Allah swt berbanding kekuatan manusia yang bersifat sementara. Allah swt menegaskan juga bahawa setiap yang diberi tanggungjawab memimpin akan pasti menemui ajal dan akan dipertanggungjawabkan ALlah tanggungjawabnya. Oleh itu manusia perlu sentiasa sedar Maha Kuasa ALlah dan Benarnya Kegerunan Neraka untuk ditakuti oleh setiap hamba-hamba ALlah.
Tn Hj Wahab turut menyelitkan kisah pembantu khas Umar bin Abdul Aziz yang beriman.
Perbincangan turut menyentuh tentang keistimewaan kita yang memiliki Syahadah, yang Insya Allah membolehkan setiap detik dan amalan kita, termasuk mujahadah berada di dalam konvoi sebagai amalan yang ALlah akan ganjari pasa setiap detik dan masa yang digandingkan dnegan keikhlasan yang tinggi.
"Betapa kita perlu merasa kasihan kepada rakan-rakan sekonvoi yang belum bersyahadah yang 'berkorban' demi membantu Gaza. Adakah 'pengorbanan' mereka diganjari Allah ? sedang mereka belum beriman kepada ALlah swt ? tagas Ketua Konvoi A2G.
Oleh itu, semua ahli A2G diingatkan untuk terus berusaha dan berdo'a agar semua ahli konvoi khususnya yang belum bersyahadah dapat bersyahadah, agar mereka beroleh nikmat dan keuntungan. (Lihat Al-Asr').
Semua ahli A2G berasa terisi di pagi yang hening tersebut dengan perbincangan yang bernas hasil partisipasi yang aktif semua ahli A2G, ketika di kalangan sukarelawan ada yang menyambung berihat selepas solat Subuh.
Di akhir usrah ringkas tersabut, beberapa perenggan petikan tulisan As-Syahid Al-Banna bertajuk Jihad dan kepentingannya dibacakan untuk memepringatkan berasama akan jihad dan mujahadah para anggota A2G yang sedang dijalani khusus di dalam penyertaan Konvoi darat VP5.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment