Saturday, 16 October 2010

Konvoi Akan Bertolak Ahad ke Al-Arish

Ahad Pagi 17 Okt 2010 selepas solat Subuh, konvoi akan bergerak ke Pelabuhan Latakia. Perjalanan / Pelayaran dari Pelabuhan Latakia Syria ke Pelabuhan AL-Arish di Mesir melalui laut Mediterranean. Perjalanan akan memakan masa 18 Jam dan akan dijangka sampai pada lewat Malam. Kapal komersial yang membawa semua sukarelawan konvoi seramai 400 orang dan sejumlah 150 kenderaan lebih beserta bantuan untuk Gaza. Kapal Insya Allah akan melalui sekitar kawasan Mavi Marmara diserang tentera laut rejim Zionis Israel pada awal pagi 31 Mei 2010 dan dirancang suatu majlis ringkas akan diadakan di sana. Seramai 35 sukarelawan Mavi marmara turut menyertai konvoi kali ini. Keesokan harinya (Isnin), konvoi dijangka tiba di Pelabuhan Al-Arish, Mesir dan diharapkan tiada masalah besar untuk para kenderaan sukarelawan mendarat dan seterusnya meneruskan perjalanan darat ke Pintu Rafah sejauh 40 km dan seterusnya konvoi berharap untuk dapat terus ke pusat bandar Gaza, 40 km dari pintu Rafah.
Konvoi kemanusiaan VP-5 dijangka berada di Gaza hingga pagi Khamis 21 Okt 2010.
Pihak kepimpinan konvoi telah berusaha seupaya mungkin untuk merancang perjalanan dan memenuhi segala keperluan pihak berkuasa Mesir mengenai perjalanan konvoi. Semoga pihak Mesir akan melaksanakan urusan dan kerjasama terbaik dan profesional.

Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami dan izinkan kami menemui saudara-saudara kami di Gaza yang kami sangat-sangat rindui. Amin...

No comments:

Post a Comment