Saturday, 23 October 2010
Gaza : Ruang Beramal Terbentang Luas
Semalam relawan A2G berkesempatan melawat beberapa kawasan melalui beberapa NGO yang ketika hari pertama kami sampai mereka sudah bersedia datang memerkenalkan diri dan datang dengan beberapa rancangan dan cadangan lawatan.
Rakyat Gaza perlu bantuan segera bagi membantu mereka yang susah, hilang pekerjaan sehingga tidak dapat menyara keluarga (lebih 60% tidak bekerja kerana sekatan ekonomi Israel). Selain itu rakyat gaza memerlukan modal permulaan untuk melakukan projek-projek penjanaan pendapatan dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Berikut adalah di antara peluang yang terbentang untuk rakyat Malaysia membantu. Hubungi AQSA SYARIF untuk maklumat lanjut:-
1. Peluang membantu mereka yang dhoif dan susah.
2. Peluang membantu barangan dan alatan perubatan bagi merawat pelbagai kecederaan dan penyakit.
3. Peluang membantu membangun semula institusi-institusi yang musnah dan ranap.
4. Peluang membantu menghidupkan kembali industri-industri bagi tujuan peghidupan dapat berjalan berterusan.
5. Peluang membantu untuk mereka mendapatkan keperluan asas seperti air bersih dan pembentungan yang baik.
6. Peluang membantu menyediakan keperluan tempat tinggal yang sesuai.
7. Peluang membangun aspek pendidikan dan pembangunan modal insan.
Aqsa Syarif menyeru seluruh masyarakat untuk terus mengambil peluang untuk beramal ... menghulurkan apa jua bantuan sementara Allah masih kurniakan rezeki, kesihatan dan kelapangan hidup. Hubungi Aqsa Syarif. www.aqsasyarif.com. "Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa".
# Gambar di atas sekali, seorang penduduk yang tabah hati terus menduduki bekas tapak rumahnya yang sudah ranap diroboh tentera zionis yang kejam. Hanya pacakan kayu, zink dan diselimuti plastik dan kain-kain menjadi pondok berteduh.
# Dua gambar di bawah, keadaan bilik kecil yang basah yang diduduki keluarga muda yang kehilangan mata pencarian. Dua anaknya tentunya tidur menghidu kelembapan yang boleh menjejaskan kesihatan dan masa depannya. Itulah sahaja yang mereka ada !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kecintaan umat masa kini tertumpu untuk memupuk harta dan kesenangan untuk mereka sendiri. Mereka bertungkus lumus seharian tanpa mengira waktu untuk mengumpul harta...dengan alasan bila kita kaya, baharulah kita dapat membantu insan-insan yang tertindas...tetapi hakikatnya bila mereka senang, mereka lupa niat asal untuk membantu...kereta nak besar, rumah serupa mahligai, tanah terbentang luas, duit dibank tak habis di makan, tetapi untuk dikorbankan untuk insan yang kesempitan seperti di GAZA sukar bagi mereka. Ujian kekayaan yang ALLAH berikan telah mengelapkan hati mereka...Ya ALLAH, Kau bukakanlah hati mereka untuk membantu meringankan beban insan-insan di bumi Gaza ini...wsm
ReplyDeleteMazlan Talib
Alhamdulillah..baru tersedar sahabat semua sudah masuk ke GAZA..
ReplyDeletedapatkan sebanyak mungkin gambar2 di sana..boleh digunakan di sini untuk menyedarkan umat Islam yang masih tak sedar2 diri lagi di sini..
Tahniah VP5 Sampai Ke Tanah Gazan
ReplyDeleteSampaikan Salam Rakyat Malaysia Sekelian
InsyaAllah Pertolongan Akan Datang.
Salam saudara Azmi, terima kasih atas update berita dari Gaza...sekurang2nya kami yang tak mampu ke sana dapat berkongsi keperitan masyarakat Gaza. Insyallah kalau panjang umur kita jumpa lagi...wassalam
ReplyDeleteMazlan ( adik Hj. Norazmi Talib)
Assalamualaikum. Kini kami ditakdirkan kembali kepangkuan masyarakat Malaysia. Kami sedia berkongsi pengalaman. Anda boleh menyusun sebarang pertemuan, ceramah perkongsian pengalaman dan sebagainya di khariah anda atau ditempat kerja. Hubungi Ibu Pejabat AQSA SYARIF atau lawati www.aqsasyarif.com.
ReplyDelete