Di dalam sessi penerangan harian pada pagi hari ini, pelbagai maklumat penting diketengahkan kepada semua sukarelawan yang berkumpul di dewan terbuka di kem askari di Latakia oleh ketua konvoi Mr Kavin. Ketua A2G bertanya "setakat mana keyakinan pihak pengurusan Konvoi bahawa Israel tidak akan membuat Intervensi / intercept terhadap perjalanan kapal yang membawa konvoi dari Pelabuhan Latakia ke AL-Arish di Mesir esok ?" Mr Kevin menjawab: "Very-very-very confident that it will be no intercept from Israeli".
Walau bagaimanapun do'a dan harapan terus dipohon kepada Allah Yang Maha Menegtahui dan Maha Berkuasa agar konvoi dapat berlayar dengan selamat. Sebelum ini Mr Kevin di dalam ulasan mengenai tabiat rejim Zionis Israel ada menyebut bahawa, rejim ini sukar untuk diduga kerana rejim tidak mengenal erti peraturan dan undang-undang. Mereka sering bertindak diluar batasan dan logik fikiran biasa.
Semoga perjalanan VP-5 kali ini dipermudahkan Allah menemui saudara-saudara di Gaza dengan selamat dan emngikut jadual.
No comments:
Post a Comment