Saturday, 16 October 2010

Program di Gaza

Sebagaimana yang menjadi praktis konvoi yang kini sudah mencecah hari ke 29, pihak pengurusan tertinggi konvoi tidak pernah mengeluarkan program terperinci setiap hari. Jika ada, hanya penerangan setiap pagi mengenai aktiviti harian dan makluamt-maklumat penting.

Aktiviti di Gaza mungkin dalam bentuk sambutan oleh pihak kepimpinan dan NGO di Gaza setibanya konvoi kemudian diikuti dengan penyerahan kendraan-kenderaan beserta barangan yang berada di dalam eknderaan ke lokasi-lokasi tertentu yang mungkin sudah dikenalpasti khusunya di hospital-hospital dan sekolah-sekolah.

Pihak VPM ada menyinaraikan program tentatif selepas urusan aktiviti konvoi dilakukan. Di antaranya ialah lawatan ke Hospital, lawatan ke sekolah-sekolah dan penyerahan lukisan-lukisan murid-murid Malaysia (sek Al-Amin). Sessi perbincangan dengan gabungan NGO Gaza juga di rancang bagi mendapatkan maklumat dan merancang aktiviti bantuan pada masa akan datang.

Pihak sukarelawan A2G ada berbincang bagi membuat penyelarasan dengan apa jua program VP-5 dan VPM. Berkemungkinan beberapa projek khusus seperti mengenalpasti sekolah angkat dan perbincangan dan kerjasama dengan NGO tertentu di Gaza akan di adakan. Sukarelawan A2G juga ada membawa 'buah tangan' yang disediakan oleh kanak-kanak di sebuah tadika di Kelang (friend of Palestinian children), kad ucapan yang disediakan oleh beberapa orang kanak-kanak di Tmn Sri Pulai Perdana di Johor dan hadiah-hadiah dalam bentuk mushaf Qur'an, sebilangan baju-baju untuk kanak-kanak Gaza yang dibeli di Latakia.

Sukarelawan A2G berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan pelbagai maklumat samada melalui pemerhatian, rakaman gambar, rakaman video, interview dan sebagainya bagi dikongsi dengan rakyat Malaysia yang akan dipersembahkan melalui aktiviti Aqsa Syarif dan ceramah-ceramah seluruh negara secara berterusan sekembalinya nanti di malaysia dengan Izin Allah swt.

Semoga pertamuan sukarelawan konvoi A2G dengan saudara-saudara di Gaza merupakan detik yang sangat bermakna di dalam hubungi silaturrahim dan kearah sistem bantuan yang lebih sistematik dan komprehensif.

Aqsa Syarif mempunyai objektif yang jauh, selain untuk berusaha berganding bahu dengan sesiapa jua untuk memecahkan 'tembuk sekatan Gaza'oleh rejim zalim Israel, "Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa" adalah moto dan misi utama yang dibawa para sukarelawan A2G. Allahu Akbar...!

No comments:

Post a Comment