Sunday, 10 October 2010

Sukarelawan Malaysia Jamu Beberapa Rakan Dengan Menu Istimewa





Sudah dikenali oleh semua sukarelawan bahwa Tn Hj Norazmi adalah Chef istimewa sukarelawan Malaysia terutama apabila sudah hampir sebulan selera para sukarelawan semakin merindui masakan air tangan isteri.

Dengan sifat yang bersahaja tetapi begitu perihatin, bilik Tn Hj Norazmi sudah menjadi sumpama 'dapur' untuk para sukarelawan A2G dan VPM juga sekali-sekala. Tn Hj akan sentiasa memastikan ada bekalan tambahan selain apa yang masih belum disentuh bekalan dari Malysia dan sumbangan pelajar-pelajar MSM Malaysia di London tempuh hari.

Roti, cheese, keju, timun dan tomato yang dihidangkan dan disumbangkan oleh kerajaan Syria / masyarakat setempat sememang sangat-sangat dihargai oleh semua sukarelawan Malaysia. Pengorbanan mereka sungguh besar di dalam melayan tetamu. Melihat tenaga yang dicurahkan melayan ratusan sukarelawan dari pagi hingga tengah malam, tidak mudah di urus dan memerlukan kekuatan dan semangat yang tinggi. Pagi ini Pengerusi A2G berbincang dengan En A Wahab dan cuba mengira jumlah yang perlu disediakan, ianya boleh mencecah sekitar RM4000.00 untuk makanan para sukarelawan sahaja sehari. Dan jika bukan dengan kerjasama semua pihak dan semangat bantu membantu untuk tujuan keadailan di gaza dan keamanan di rantau ini, hal tersebut sukar dilaksanakan.

Namun sebagai manusia biasa, sukarelawan Malaysia tetap merindui resepi se simple kari daging, sambal belacan atau sambal tumis !

Sesekali apabila ada keluangan, Tn Hj Norazmi akan berusaha menyediakan masakan ala-Malaysia untuk memancing selera para sukarelawan Malaysia dan beliau akan berusaha ke kedai terdekat mendapatkan bekalan untuk memasak. Beliau faham benar riak muka adik-adik nya yang mula dikenali sepanjang beberapa minggu diperantuan bersama.

Setelah berbincang dengan VPM, malam ini, Tn Hj Norazmi telah menyediakan masakan istimewa daging kari ala Malysia untuk dimakan bersama nasi tanak ala-Malaysia. Turut dijemput beberapa rakan rapat dari Itali, UK, Algeria, untuk makan bersama di ruang legar tapak perkemahan.

Teh istimewa resepi Pn Azra menambah istimewa tetamu yang hadir. Sambil rakaman kru media TV3 dilakukan, sukarelawan Malaysia bermarhaban bagi mewujudkan suasana keakraban sesama suakrelawan.

Kepedasan kari yang 'tidak mudah diadun' yang juga 'tidak mudah diperolehi di Latakya' rupa-rupanya telah memancing selera semua yang hadir.

Dato' Adnan, Dato' Dr Musa dari VPM dan Dr Zin turut sibuk melayan tetamu yang hadir.

Alhamdulillah, dicelah-celah kesibukan membuat persiapan dan jadual yang ketat di kemah sementara, sukarelawan Malaysia memaksimakan sebaik mungkin kesempatan mengadakan hubungan baik sebagai media dakwah kepada rakan-rakan yang belum Islam.

No comments:

Post a Comment