Nampaknya dah nak masuk 8 hari berada di Latakya ini, kerana pihak penganjur bersama wakil negara peserta terus berusaha berunding dengan pihak pentadbiran Mesir, supaya seluruh anggota konvoi bersama kenderaan dan segala barang bantuan dan ubatan dapat masuk ke Mesir dan seterusnya ke Gaza. Tak apalah tunggu lama sikit di Latakya ini daripada tersadai lama di pelabuhan Al Arish (Mesir) atau di padang pasir menuju Rafah. Sekurang-kurangnya di Syria kami mendapat layanan yang baik dari kerajaan Syria serta pihak berkuasa tempatan dan beberapa NGO Palestin di sini. Kami gunakan kesempatan ini untuk bermuayasysh, bertaaruf sesama peserta dari 30 negara, melawat penduduk Palestin di penempatan Al A'idun yang tinggal di sekitar luar kawasan Kem tempat kami tinggal.
Solat berjemaah begitu ditekankan dan bacaan Matsurat diadakan selepas solat subuh. Dan sejak 5 hari lalu kita telah mengadakan solat tahajjud dan witir berjemaaah sejam sebelum masuk waktu subuh. Ramai yang kelihatan membaca Al Quran dan berzikir secara bersendirian di hujung padang dan di penjuru-penjuru kemah.
No comments:
Post a Comment