Tuesday, 19 October 2010

Beg masing-masing sudah dibawa ke kenderaan, Pemandu sudah bersedia … tetapi Perjalanan Ditangguh

Isnin 18hb Okt. 2010, Para sukarelawan konvoi kebanyakkan kecewa kerana berita penangguhan untuk menaiki kapal dari pelabuhan Latakia. Taklimat malam sebelumnya menjelaskan bahawa para sukarelawan perlu bersedia dikenderaan masing-masing untuk bergerak ke Pelabuhan Latakia tepat jam 7.00 pagi dan semua sukarelawan sememang bersedia. Namun setelah menunggu lebih satu jam, tiada pengumuman dibuat urusetia, sebaliknya suatu pemakluman mengatakan bahawa suatu taklimat akan di adakan pada petang hari.

Pelbagai spikulasi dan telahan bermain di bibir semua sukarelawan pagi tersebut dan masing-masing kelihatan murung kerana penangguhan kali ini bukan kali pertama. Konvoi sepatutnya bergerak seawal 5 hb. Oktober. Ada sukarelawan yang bersendirian di penjuru kem kerana memikirkan misi yang belum selesai dan mungkin pelbagai tugasan di tanah air dan cuti tahunan yang sudah habis dan terpaksa mengambil cuti tidak bergaji.
Ada juga yang mengambil langkah dengan lebih mendekatkan diri pada Allah SWT. Melalui solat, zikir dan tadarus Qur’an. Memohon pertolongan dan bantuan Allah agar dirongkaikan kebuntuan konvoi untuk dapat meneruskan perjalanan. Agar dilembutkan hati orang-orang penting di pihak Mesir dan yang berkaitan untuk memberi kerjasama terhadap perjalanan konvoi.
Tengah hari yang terik, suatu taklimat umum diadakan oleh ketua konvoi, Mr Kavin. “We are in the critical and very difficult situation …. “ di antara kata-kata nya dengan penuh kecewa dan dengan muka yang kelihatan begitu letih. Dimaklumkan juga Br Zahir dan beberapa kepimpinan konvoi adalah di antara mereka yang tidak langsung tidur malam tadi. Mereka adalah beberapa orang yang memikul tugasan yang amat berat. Perlu berdepan dengan pihak kerajaan Mesir yang sudah diketahui menjadi tunggangan Israel dan sukar berbincang, perlu mendapatkan kapal yang boleh mengangkut 150 kenderaan dan 400 penumpang dengan syarat-syarat yang sangat-sanagat menyukarkan kerana diketahui kaptennya juga mempunyai hubungan dengan komplot cuba mengagalkan konvoi.
Taklimat pada hari ini adalah yang paling sukar difahami dan sukar diterima. Semua peserta konvoi begitu kelihatan tertekan dilihat melalui air muka yang muram. Buat pertama kali kelihatan pihak kepimpinan konvoi meluahkan kebentuan di dalam rundingannya dengan pihak mesir dan pihak pemilik kapal. Beberapa option sudah di teroka… kesemuanya tidak berhasil.
Di akhir taklimat dua perkara sahaja; a. Semua sukarelawan perlu meningkatkan kesabaran dan mengeratkan kesatuan; b. Pihak kepimpinan konvoi akan berusaha lagi meneruskan usaha rundingan.
Peserta A2G menerima dengan lapang dada dan bertawakkal. Mesyuarat diadakan pada malam itu sebaik taklimat selesai. Dua perkara menjadi tumpuan perbincangan; i. apa pendirian sukarelawaan AQSA dalam mengahdapai keadaan yang tidak menentu ?. ii. Jika hal ini tiada penyelesaian segera apa persiapan sukarelawan AQSA ?.

Alhamdulillah perbincangan bernas berlangsung. Semua sebulat suara untuk THABAT dengan mujahadah yang sudah dilalui yang kini sudah mencecah sebulan lamanya. "Pantang Undur !".

Mengenai urusan dan tanggungjawab yang ditinggalkan di Malaysia (keluarga, tempat kerja dan kerja-kerja kemasyarakatan), Insya Allah Aqsa Syarif akan membantu menanganinya dengan dokongan IKRAM. Ketua sukarelawan A2G akan melaporkan kepada JKuasa Task Force Insya Allah sebarang masalah.

2 comments: