Saturday, 9 October 2010

Sukarelawan Aqsa2Gaza Melawat Perkampungan Palestin di Latakya






Kesempatan keluangan masa ketika tiada aktiviti formal di perkampungan sementara para sukarelawan, sukarelawan Aqsa2gaza mengambil peluang untuk meninjau dan melawat kawasan perkampungan Palestin yang kebetulan bersebelahan dengan tempat kami ditempatkan. Nama diberi ilah kem al-A'idun.

Sebagaimana yang sebelum ini digambarkan oleh media di Malaysia di mana-mana kem pelarian, sememang perkempungan / kemah pelarian yang sangat padat. Bangunan-bangunan batu dibangunkan di plot-plot yang disediakan dengan lorong-lorong menjadi sempit. Tiga-empat generasi sudah tinggal di sini semenjak Nakhbah dan ramai juga yang sudah meninggal dunia. Ada yang dilahirkan di sini pun sudah berumur mencecah 50'an tahun dan sudah beranak dan bercucu. Bayangkan bagaimana mereka mengurus kehidupan dengan keluarga yang berkembang tatapi kawasan perumahan/perkemahan yang terhad. Terletak dipinggir lautan Mediterranean, perumahan dikelilingi dengan kawasan perumahan penduduk tempatan. Sekitar 70,000 penduduk yang kini terletak di atas tanah sekitar 80 ekar.

Segala macam aktiviti ekonomi terdapat di perkemahan ini - dari perniagaan roda tiga, kedai-kedai runcit, kedai pakaian, pasar ikan dan daging, kedai telikomunikasi, bengkel perabut, bengkel besi, bengkel kereta-motor dan sebagainya bagi keperluan penduduk tempatan.

Terdapat pejabat bangsa-bangsa bersatu (UNWA) yang sederhana yang menguruskan sekolah dan aktiviti wanita.

Sebuah Masjid Palestin terbina gagah, untuk para penduduk merkumpul dan beribadah dan terdapat pusat gymnasium yang kecil serta sebuah pejabat pertubuhan Hamas.

Pertubuhan Hamas menjadi institusi penting di sini dan dimaklumkan oleh penduduk bahawa mereka mendapat pelbagai khidmat seperti bantuan. Di merata dinding rumah dan tembuk sekitar kawasan perumahan terpampang pelbagai poster dan mural mengenai perjuangan Hamas selain gambar pemimpin Fatah terutama Yasir Araffat.

No comments:

Post a Comment