Pelbagai usaha dicuba, pelbagai pilihan (option) di nilai, namun rundingan menemui jalan buntu. Konvoi Kemanusiaan VP-5 yang dipimpin oleh Mr Kevin dan beberapa orang yang berpengalaman terus mencari jalan penyelesaian bagaimana sejumlah 150 kenderaan dan sejumlah 400 sukarelawan boleh menyeberangi laut Mediterranean menuju Al-Arish dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke Rafah ?
Kapal dieprolehi dari pelabuhan di Greece, namun kaptennya adalah seorang keturunan Mesir. Hari Isnin yang sepatutnya hari gembira buat para sukarelawan, menjadi muram kerana perjalanan ditangguh lagi. Kali ini adalah isu penumpang dan bayaran kapal yang terlalu tinggi dan tidak menasabah.
Konvoi kali ini benar-benar diuji dengan beberapa cubaan. Semampu mungkin konvoi menggunakan pendekatan "akur dengan apa juga prosidur yang dikehendakki oleh pihak berkuasa Mesir mahupun oleh pihak pemilik kapal yang disewa.
Rupa-rupanya Israel sudah menghidu usaha-usaha membantu Palestin dan "memecahkan tembuk kematian Gaza". Tujuannya adalah untuk mengagalkan usaha-usaha sukarelawan melalui usaha-usaha mendapat sokongan dari negara-negara seluruh dunia.
Namun para sukarelawan tetap tabah. Tidak berganjak, mahupun berundur. Gerakan masa deluruh dunia terus dilakukan seumpama melalui VP, IHH, Aqsa Syarif dan sebagainya. Tekanan terhadap israel harus dijalankan berterusan, sehingga akhirnya Gaza bebas dari sekatan dan Palestin dapat di bebaskan
Teruskan berdoa....
ReplyDelete