Saturday, 9 October 2010

Suasana Tarbawi di Perkampungan Sementara Sukarelawan



Di perkampungan sementara para sukarelawan semanjak 2 Oktober hingga ke hari ini dipenuhi dengan suasana tarbawi (pendidikan) bagi mereka yang dapat menjiwainya. Kehadiran para sukarelawan dari Jordan dan Algeria berjumlah sekitar 90 orang mendominasi bi'ah di perkampungan penginapan sementara. Tambahan lagi dengan kehadiran para sukarelawan dikalangan para pemuda anal-anak pelarian Palestin ber'vest' logo hamas di sebelah belakang dan tertulis 'lajnah-an-nizam' di hadapan serta kehadiran beberapa pimpinan gerakan Islam dalam dan luar negara menjadikan persekitaran tarbawi terserlah di sepanjang hari sehingga tengah malam.

Para sukarelawan remaja Hamas yang sekitar 40 orang, berumur di antara 15 - 25 tahun itu sentiasa dilihat sepanjang masa dengan vest mereka. Beberapa kain rentang tertulis sanjungan dengan kedatangan konvoi menuju Gaza juga jelas menunjukkan bahawa para petugas dan urusetia di kemah adalah dikalangan mereka dengan bantuan pelbagai pihak dari segi sokongan perkhidmatan dan bekalan makanan sarapan, makan tengah hari dan malam.

Perkhidmatan bas awam dari kemah kami ke bandar Latkya adalah dari pihak kerajaan tempatan Latakya, makanan kami yang pelbagai jenis adalah sumbangan pelbagai pihak termasuk dari persatuan-persatuan tempatan.

Kehadiran pemimpin yang dikenali sukarelawan sering menjadi tumpuan kukarelawan apabila keliabt mereka diserbu dan dipeluk cium (ala arab). Sesekali kehadiran mereka di sebut oleh Mr Kavin (Ketua Konvoi) jika kebetulan briefing pagi diadakan. Beberapa sessi khas kelihatan dengan tetamu-tetamu tersebut oleh sekelompok sukarelawan di adakan ditengah padang, dikesibukan sukarelawan lain menjalankan aktiviti masing-masing. Sesekali diadakan juga dengan sukarelawan wanita sahaja.

Solat berjamaah setiap waktu, tazkiran dan bacaan matsurat menjadi amalan setiap hari dengan dipimpin oleh imam dari Algeria atau Jordan.

Acara malam selepas Isya juga sesekali sangat special dengan lagu-lagu bersemangat dan selawat nabi saw.

"Ini adalah suatu kesempatan berkenalan dengan mereka-mereka yang berilmu dan soleh-soleh, suatu peluang anugerah ALlah ... selaind ari misi untuk menyalurkan bantuan ke Gaza" kata salah seorang sukarelawan Malaysia.

1 comment:

  1. Allahuakbar, Allahuakbar, Walillah hil hamd.

    Hanya doa yang bisa mengiringi kelancaran program Viva Palestina ini. Semoga Allah mengampunkan dosa pemimpin Mesir yang khianat terhadap seluruh umat Islam dan terhadap umat Palestin. Ini kerana, tindakan mereka yang sengaja melambat-lambatkan proses memasuki Mesir melalui El-Arish.

    Semoga Allah membalas perbuatan mereka dengan setimpal. Moga Allah memberi hidayah kepada mereka.

    ReplyDelete