Saturday, 9 October 2010

Dua Sukarelawan A2G sudah sihat


Dr Zin dua hari terbaring di katil kerana cirit birit dan perut memulas dan tak lalu makan, manakala Hj Norazmi memulas perut selama sehari. Tetapi Alhamdulillah hari ini (Sabtu 9 Okt 2010) mereka berdua sudah kembali sihat dan dapat membuat kerja-kerja yang sewajarnya dan membuat laporan melalui talian internet di bandar Latakya.

Ketika mereka berihat di bilik masing-masing, seorang demi seorang sukarelawan Malaysia dan antarabangsa datang berziarah.

Dr zin begitu terharu dengan semangat ukhuwwah dan keperihatinan semua saudara dari Malaysia dan luar negara .... Saya terharu dengan mereka "Sdr Azmi datang dengan beberapa botol air meneral memaksa saya minum banyak-banyak, Sdr A Wahab setiap pagi datang dengan menyuap dua sudu madu Syria dimulut saya, Hj Azmi datang dengan nasi berlauk kari daging, ust Rofazlin datang mengurut, Hj Taufiq datang dengan air kopi, Sdr Yusof datang dengan semangat, Saudara Muhammad remaja palestin dengan secawan Teh Bunga Panas dan Doktor Abdullah dari Peranchis dengan memeriksa perut dan memberikan capsul untuk saya telan" kata Dr Zin yang menyatakan betapa semangat ukhuwwah dan kasih sayang menjadi sebahagian dari praktik di perkampungan sementara para sukarelawan konvoi.

Banyak kemungkinan punca beberapa kes penyakit cirit-birit di kem ini. Keadaan berabuk, tandas yang digunakan oleh ratusan peserta, makanan yang dibeli di luar kem, air yang sangat sejuk untuk mandi dan pelbagai jenis makanan yang tidak biasa bagi sesetengah sukarelawan mungkin menjadi sebab dengan Izin Allah.

Namun bagi sukarelawan A2G ini adalah sebahagian dari ujian kecil yang ditentukan ALlah untuk dilalui. "Kedatangan message di hp dari zaujah, sedikit sebanyak semacam diundang dan ia memberkan semangat yang signifikan"... jelas salah seorang sukarelawan.

# Sdr A Wahab & Dr Zin selepas kembali dari Masjid Palestin - masih bersemangat bersama anak-anak pelarian Palestin.

No comments:

Post a Comment