Wednesday, 13 October 2010

Misi Kemanusiaan VP5 Yang Memiliki 1001 Makna

Misi Kemaanusiaan jalan Darat Viva Palestina ke 5 yang kini sudah semakin menghampiri Gaza membawa 1001 makna yang tersurat dan tersirat pada penganjur, peserta-peserta, negara-negara yang menyertai, pertubuhan-pertubuhan yang menghantar wakil sukarelawan dan sesiapa juag yang secara langsung terlibat atau tidak terlibat di dalam perjuangan membela nasib penduduk dan bumi Palestin.

Semenjak kami sukarelawan Aqsa2Gaza belum bertolak lagi, beberapa e.mail dan sms yang kami terima ... seolah menolak-nolak diri dan semangat kami untuk segera bersiap. Berbagai peristiwa menyentuh perasaan dari pelbagai pihak baik di utara, tengah mahupun selatan semananjung, sokongan datang bertalu-talu dalam pelbagai bentuknya. Bisikan dalam hati-hati kami para sukarelawan terus melonjak-lonjak di benak pemikiran dan meniupkan perasaan agar segera menguruskan apa jua tugasan seharian di rumah, di pejabat, di dalam pertubuhan, di dalam komuniti mahupun di kariah masjid/surau yang kami pegang agar dideligasikan kepada rakan-taulan dan mereka-meraka yang hampir. "Ana mesti pergi dan segalanya di tanah air akan beres", seolah-olah begitulah kata-kata yang sentia berbisik di telinga kami.

Solat-solat sunat di dirikan dibeberapa malam sebelum bertolak untuk terus memohon keyakinan dan kemantapan di dalam membuat keputusan penting ini.

Di KLIA ... ratusan sahabat handai meraikan pemergian ... seolah-olah satu lagi dorongan besar untuk kaki-kaki kami ini terus melangkah cepat...

Di garaj di Bandar Luton, Utara London, tempat kami menerima kunci-kunci kenderaan yang di tempah Aqsa Syarif sekali lagi kami terdorong dengan pelbagai semangat dan pendirian oleh para sukarelawan dari negara-negara UK, Ireland dan Eropah yang memperkatakan pelbagai alasan kenapa mereka menyertai konvoi ! Suatu yang kami tak terfikir ..? "Ijust cannot stay at home and do nothing!" jelas Tony dari Ireland bila bercakap tentang nasib anak-anak Gaza.

... seterusnya apabila kami melakukan perjalanan dan singgah di perhentian-perhentian yang telah ditentukan di beberapa negara di Eropah... erti perjuangan yang diterjemahkan di dalam bentuk Konvoi Misi Kemanusiaan ke Gaza semakin betambah mendalam.



... di Turki kami mengalami semacam suatu revolusi besar-besaran sebaik melangkah di bumi Othmaniah itu. Semangat Mavi Marmara rupa-rupanya begitu panas membara diseluruh Turki walaupun bangkai Mavi marmara seolah-olah sudah kaku tidak lagi berlabuh dan jasad para syuhadah sudah lami dikebumukan, namun semangat mereka benar-benar membara di jiwa-jiwa jutaan penduduk Turki !

Tak heranlah kenapa ketua konvoi kali ini Mr Kevin ada menyebut: "Konvoi VP5 ini adalah suatu pelan tindakan positif selepas Mavi Marmara dan pembukaan pintu Rafah oleh kerajaan Mesir". "Penganjuran konvoi ini adalah sejajar juga dengan keperluan mendesak rakyat Gaza yang sedang di dalam penderitaan dan keperluan yang amat sangat khusunya dari segi perubatan" tambah Kevin.



Bagi penumpang Mavi Marmara, makna misi kemanusiaan kali ini lebih-lebih lagi bermakna di lihat dari pelbagai sudut. Kegagalan mereka berjumpa penduduk Gaza dalam misi pelayaran flotila tempuh hari adalah suatu dukacita yang teramat sangat. Oleh itu penyertaan 35 orang bekas peserta Mavi marmara benar-benar dira'ikan dalam konvoi ini baru-baru ini.

Tidak dapat digambarkan dengan perkataan, hasrat, harapan dan cita-cita mereka.... hanya Allah Yang Menegtahui.

#Gambar 35 bekas penumpang Mavi Marmara selepas sessi khas bersama george Galloway di Kem Penempatan sementara konvoi VP5.

1 comment: