Wednesday, 20 October 2010
Sukarelawan Ke Al-Arish dengan Kapal Terbang
20 Oktober 2010, Sukarelawan Kemanusiaan Ke Gaza VP-5 terpaksa diterbangkan dengan dua kapal terbang khas dari Lapangan Terbang Latakia ke Lapang terbang Al-Arish di Mesir tengah hari ini dengan tambang setiap seorang USD200. Ini kerana kapal laut yang sepatutnya membawa mereka bukan dari jenis kapal penumpang dan hanya 30 penumpang sahaja yang boleh berlayar bersama 150 kenderaan sukarelawan. Sukarelawan Malaysia yang terpilih untuk berlayar bersama kapal ialah Dato' Dr Musa.
Sukarelawan yang lain telah mendarat di Al-Arish awal malam ini dan mereka tiada pilihan lain iaitu ditempatkan di sebuah hotel seramai 3-4 orang satu bilik dengan bayaran USD50 seorang termasuk makan dan sarapan sambil menunggu arahan untuk ke pelabuhan Al-Arish bagi mengambil kenderaan masing-masing esok bagi meneruskan perjalanan ke Rafah dan seterusnya ke Gaza jika tiada halangan dari pihak kerajaan Mesir.
Setelah lebih sebulan sukarelawan yang bergerak dari Luton UK tidur tidak menentu dan mandi ala kadar serta makan makanan roti dan makanan berbungukus, pada malam ini mereka berpeluang makan dengan makanan pilihan seperti nasi, sup dan sebagainya.
Di dalam perjalanan ke hotel, kami menaiki bas dengan ditunda oleh kereta polis /tentera bagi memastikan kami tidak berhubung dengan orang awam di Mesir.
Bagi sukarelawan yang ditugaskan mengiringi 150 kenderaan kami dengan kapal. mereka dilaporkan selamat melalui "kawasan Mavi Marmara diserang" tempuh hari dan kapal telah berlabuh di pelabuhann AL-Arish.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment