Tuesday, 19 October 2010

Kenderaan Mula berlayar ke Al-Arish





Jam 7.00malam hari ini semua kenderaan berisi dengan barangan bantuan ke Gaza telah menaiki kapal kargo dari pelabuhan Latakia Syria dan sekitar 10.30mlm kesemuanya selesai menaiki kapal.

Di kem askari tempat sukarelawan berkampung lebih dua minggu kerana pelbagai kerenah oleh pihak-pihak yang tidak suka konvoi membantu Gaza, sambutan oleh para sukarelawan tempatan khususnya Hamas, pelarian palestin di Latakia dan penduduk dan pemimpin tempatan Syria begitu meriah. Walaupun kelihatan terharu kerana berpisah dengan kami, namun mereka gembira kerana sudah ada pergerakan membawa bantuan untuk sanak saudara mereka di Gaza yang sedang menunggu.




Dipelabuhan Latakia pula, rampai memimpin dan penyokong turut hadir. Di antaranya George Galloway. Paluan muzik patiotik turut dimainkan oleh remaja-remaja berpakaian seragam bagi meraikan pelepasan kenderaan-kenderaan memasuki kapal dan 30 sukarelawan yang mengiringi kenderaan-kenderaan tersebut.


Para sukarelawan yang lain (sekitar 370) pula akan ke Al-Arish menaiki kapalterbang esok.
Dijangka pada hari Khamis atau Jumaat, para sukarelawan akan mengambil kenderaan masing-masing di pelabuhan Al-Arish Mesir untuk bergerak ke Rafah untuk memasuki Gaza.

Semoga dipermudahkan Allah perjalanan fasa terakhir misi kemanusia kali ini

3 comments:

  1. Kepada semua sahabat, tahniah anda telah diuji sebegitu rupa, ujian melambangkan cinta ALLAH pada kalian semua. Bukan semua insan mendapat cinta ALLAH ini, hanya yang terpilih sahaja yang dapat rasai dan alami...doaku agar sahabat sekelian tingkatkan kesabaran...diri kita kepunyai ALLAH, biarlah ALLAH yang mentadbir kita, we love u all...wassalam

    Mazlan Talib

    ReplyDelete
  2. Teruskan berdoa kpd Nya...mcm2 boleh jadi...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..moga Allah mempermudahkan urusan kalian hingga ke GAZA..

    TAKBIR..ALLAHUAKBAR

    ReplyDelete