Wednesday, 20 October 2010

TERSEREMPAK TAN SRI NORIAN MAI & WAKILI GLOBAL PEACE DI AL-ARISH


Pagi ketika bersarapan, kami terlihat kelibat seorang berbangsa cina dan penampilan seperti seorang cina dari Malaysia. Kemudian dibelakangnya seorang lagi ...lebih yakin ia adalah orang Malaysia, berbadan sasa, bermisai dan berpakaian kemas … siapa ya? Macam ku kenali … tetapi dimana ya ?
Oh… ya..! beliau adalah Mr Matthias Chang (sukarelawan Richeal Corry) dan Tan Sri Norian Mai dari Perdana Global Peace Organisation pimpinan Tun Dr Mahathir. Setelah menyapa, mereka sebenarnya adalah dalam perjalanan ke Gaza iaitu untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Pelarian.


Kami sempat berkenalan dan bertukar-tukar kad serta berbincang mengenai isu Palestin dan pengalaman yang kami lalui lebih sebulan ini.
Mereka akan segera bergerak ke sempadan Rafah pagi ini dan masih tiada kepastian juga sama ada laluan mudah ditempuhi deligasi persidangan dari Malaysia itu walaupun diwakili oleh bekas Ketu Polis Negara.

Kami bersyukur dan rakyat Malaysia keseluruhannya harus berbangga bahawa isu Palastin di Malaysia mendapat perhatian yang serius dan bukan sahaja dijuangkan oleh rakyat biasa, tetapi Bekas Perdana Menteri dan Bekas Ketua Polis Negara Malaysia. Mereka bukan sahaja menyokong, malah mendokong perjuangan rakyat Palestin yang dizalimi oleh rejim zionis yahudi yang tidak berhati perut.

Mudah-mudahan keperiahtinan semua golongan, semua peringkat, semua bangsa di Malaysia, Allah dapat meringankan beban rakyat palestin dan seterusnya membebaskan Palestin dari cengkapan Yahudi. Kita turut berd’oa juga semoga Malaysia terus aman damai, mendapat keberkatan dan petunjuk/hidayah dari Allah swt serta menjadi negara yang digelarkan Allah sebagai “Negara yang mendapat Keberkatan dan limpahan nikmat”.

Kami sukarelawan VP-5 Masih menunggu arahan berikutnya melalui taklimat yangakan di adakan dipenginapan sementara kami ini sebentar lagi. Kapal yang membawa 150 kenderaan dan muatan bantuan untuk Gaza dilaporkan sudah berlabuh di Pelabuhan Al-Arish, namun kami masih tidak tahu berapa lama urusan keluar ke darat akan memakan masa. Jika semua urusan mendapat kerjasama dari pihak Mesir sebaiknya, Insya ALlah malam ini atau esok pagi (Jumaat) kami akan bergerak ke sempadan Rafah dan terus ke Kota Gaza. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah jihad dan mujahadah kerana Allah ini.

No comments:

Post a Comment