Setelah menunggu lebih para sukarelawan menunggu... berita diterima bahawa Mesir membenarkan perjalanan ke pelabuhan Al-Arish 17 hb Okt (Ahad). Persiapan terakhir dibuat semua sukarelawan dan Sabtu malam dilalui dengan penuh kegirangan.
Tiba-tiba berita tergepar diterima jam 10.00mlm hari Sabtu menyatakan pelayaran terpaksa ditunda 1 hari lagi. Ramai yang kelihatan kecewa ... apatahlah lagi dimaklumkan seramai 17 sukarelawan dihalang pihak Mesir untuk berlayar !. Oleh kerana nama-nama tidak diumumkan oleh ketua konvoi, malam itu berlalu dengan 1001 macam perasaan dan spikulasi dikalangan ahli-ahli konvoi.
Namun pada hari ini (Ahad), awal-awal pagi lagi, kem askari tempat sukarelawan berkampung sudah dikunjungi pemimpin-pemimpin utama Hamas dan Pemimpin VP yang tak asing lagi iaitu Mr George Galloway.
Dr. Musa Abu Marzuk, pemimpin kedua tertinggi Hamas yang datang ke kem askari awal pagi benar-benar mengejutkan para sukarelawan. Ia semacam suatu 'hadiah' bagi mereka yang mengikuti perkembangan dan kecemerlangan Hamas di dalam perjuangan Palestin.
Patutlah awal-awal pagi lagi sukarelawan yang terdiri dari pemuda-pemuda Palestin dari Kem Pelarian Al-'Aidun bergegas kesana kemari disekitar dataran berbumbung dan menyusun kerusi dan menghias dewan berbumbung. Pembesar suara diuji beberapa kali dan kelihatan pemimpin Hamas di Latakia berpakaian kemas dan seolah-olah bersedia dengan sesuatu yang penting.
Sebuah kenderaan besar bercermin gelap masuk melalui pintu hadapan sekitar 11 pagi. Lima minit kemudaian dua buah kereta yang lebih kemas dan bercermin lebih gelap meluncur masuk. Beberapa orang sukarelawan menerpa, dan dua orang berbadan sasa dan berkot hitam keluar, kemudaian keluar seorang berumur sekitar setengah abad, berjangut, bersama beberapa orang pimpinan VP membawa tetamu tersebut ke atas pentas.
Alu-aluan dimulakan Br Zahir dan Dr Musa mula berucap.
Penuh bernas, bersemangat, meniup semangat para sukarelawan ...
"Anda adalah golongan yang sangat mulia ... anda sanggup berkorban meninggalkan tugasan di tanah air semata-mata kerana mahukan keamanan di palestin dan di dunia. Insya Allah, ganjaran ALlah untuk anda semua."
Begitulah sebahagian sedutan ucapan beliau.
3o minit kemudian, saorang lagi pemimpin muncul ... Georga Galloway ! Sorakan viva palestina berkumandang ... Kedua-dua pemimpin berdakapan ... dan majlis diteruskan.
Ucapan Georga juga begitu penting dan berisi ... memadam segala spikulasi di dalam benak pemikiran sepanjang semalaman. Georga menjelaskan pendirian VP, Konvoi dan memohon pihak Mesir untuk menyemak beberapa keputusan yang dibuat berasaskan maklumat yang tidak tepat.
No comments:
Post a Comment