Sunday, 17 October 2010

Thabat (Tabah) Dalam Mujahadah

As-syahid Hassan al-Banna di dalam menjelaskan tajuk Thabat menghuraikan bahawa “seorang akh mesti terus menerus bekerja dan berjihad untuk mencapai matlamat walaupun sejauh mana tempuh yang ditempuhi dan mamakan masa bertahun-tahun lamanya, sehingga dia bertemu dengan Allah. Dia akan memperolehi dua kejayaan, sama ada dia mencapai matlamatnya atau dia mencapai syahid di akhir nanti “. Rujuk (Al-Ahzab: 23). “
“… jalan ini memang jauh apatah lagi apabila ia terpaksa melalui pelbagai peringkat dan pelbagai rintangan.”

Penyertaan sukarelawan A2G di dalam konvoi kemanusiaan VP5 juga perlu difahami dan di nilai dalam perspektif dan semangat perjuangan sebagaimana yang dinukilkan oleh Hassan Al-Banna. Kini sudah lebih sebulan para sukarelawan berpisah secara fizikal dengan keluarga, dengan sahabat handai, dengan rakan-rakan di pejabat dan dengan tanah air yang dicintai.

Penyertaan ini adalah suatu perjuangan, suatu mujahadah, suatu pengorbanan dam suatu perjalanan tarbiyah yang perlu disertai dengan keikhlasan dan ketabahan yang tinggi. Bukan oleh sukarelawan-sukarelawan yang terlibat sahaja, tetapi juga oleh kaum keluarga masing-masing, oleh anak-anak, oleh sahabat-sahabat, oleh rakan sekerja dan oleh rakyat Malaysia keseluruhannya.


Lintasan-lintasan yang cuba menganggu keikhlasan di dalam mujahadah ini sememang sesekali cuba menjenguk. Syaitan dan iblis laknatullah juga terus mengintai untuk memesungkan niat dan tujuan para sukarelawan. Apatah lagi jika ditakdirkan apa-apa yang diharapkan dalam bentuk perjalanan mudah tidak kesampaian. diuji pula dengan beberapa penantian yang menghalang konvoi untuk bergerak segera ke Gaza !

Sesekali juga timbul kerisauan akan anak dan isteri dirumah ..., tugasan Aqsa Syarif dan IKRAM di lokaliti ..., fail di atas meja di pejabat yang mungkin sudah menimbun...?

Ahh ...!!!
Begitulah sesekali suara halus cuba melawan perasaan yang kadang-kadang datang secara tiba-tiba. Fitrah sebagai manusia tentunya...

Namun sesungguhnya tarbiyah yang dilalui sekian lama, terus datang membujuk. Memberi peringatan dan menanamkan kecekalan. Sesekali ditiupkan semangat dari sirah yang agung - Rasulullah SAW ketika baginda telah memakai baju besi untuk keluar dari Madinah menuju ke medan Uhud ! Aku tak akan undur !!! selagi misiku tidak disempurnakan !!
Itulah bekalan dari usrah-usrah selama ini yang memampukan para suakrelawan terus tersenyum ... terus meningkatkan azam dan mebina tekad. Saat mata bertentang mata dengan saudara-saudara di Gaza terus dinanti-nantikan dengan penuh kesabaran dan pengharapan. Do'a dan munajat kepada Ilahi terus dipinta. Kepingin membelai dan melayan anak-anak kecil Palestin di Gaza sangat-sangat dinanti ... menjadi pendorong untuk terus Thabat di dalam mujahadah ini.

Semoga juga ... isteri-isteri dan anak-anak ku melalui hari-hari yang berlalu dengan thabat juga. Kepayahan mengurus rumah dan anak-anak di rumah ... laksanakanlah dengan ikhlas, sebagai suatu mujahadah yang mulia nilainya di sisi Ilahi. Sahabat-sahabat yang terpaksa memikul tanggungjawab tambahan dan mengurus aktiviti ... sempurnakanlah dengan Thabat sebagai suatu mujahadah. Rakan dan taulan di pejabat yang mungkin terpaksa mengambil alih sebahagian tugas ku ... laksanakanlah dengan Thabat sebagai sebahagian dari mujahadah.

Semoga keikhlaan kami dan keikhlasan kalian akan beroleh ganjaran dari Ilahi ... di dalam menyumbang kepada usaha-usaha pemecahan tembuk sekatan di Gaza dan membebaskan Palestin dari cengkaman Yahudi durjana.

No comments:

Post a Comment