Sunday 3 October 2010

Sokongan Terhadap Palestin Semakin Kuat






2 Oktober 2010, Ketibaan kami di sempadan Turki-Syria disambut dengan lebih besar oleh kerajaan dan pertubuhan di Syria. Andaian kami bahawa di Turki adalah yang terbaik adalah meleset. Sambutan sebaik melangkah di bumi Syria rupa-rupanya lebih hebat. Dengan kemah yang menempatkan sofa VVIP, kemah para sukaralewan konvoi dan kemah para jemputan. Dengan sistem siaraya yang hebat, sambutna bertambah meriah beserta pekikkan takbir.

Ketua konvoi Mr Kevin di dalam ucapannya jelas menggambarkan kepuas hatiannya sepanjang perjalanan ke Gaza yang semakin hampir. Bermula dengan di England, Perancis, Itali dan Greece, diikuti dengan di Turki yang sangat baik. Kini di Syria lebih hebat lagi. Ini adalah gambaran bahawa sokongan dunia terhadap perjuangan Palestin.
Anggaran hadirin yang menyambut kami di majlis ‘reception’ adalah sekitar 1000 orang.

Ini menggambarkan bahawa sokongan masyarakat terhaap perjuangan Palestin tidak bertambah saban hari dan masa menanti runtuhnya tembuk kematian semakin hampir. Palestin akan bebas dari cengkaman Yahudi.

4 comments:

  1. InsyaAllah. Amin, amin, amin!!

    ReplyDelete
  2. Bersabar dan berserah kepada ALLAH apabila berhadapan dengan rintangan...

    ReplyDelete
  3. To angah Norazmi, drive carefully van tu, bila panas berhenti ok, jangan sampai overheating...perjalanan masih jauh tu...wsm

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih dan Insya Allah nasihat saudara/i kami ingat. Allah sayang anda semua.

    ReplyDelete