Sunday 3 October 2010

Di Latakya Syria: Algeria datang dengan 51 kenderaan !!




Pagi ini suatu briefing yang panjang dan menyeluruh diadakan oleh ketua konvoi, Mr Kevin bersama Miss Niki dengan alihbahasa dlm bahasa arab oleh Br. Zahir dari UK. Briefing diadakan dihadapan sukarelawan yang bertolak dari UK, Eropah dan Turki yang tiba di Latakya Syria jam 3.30 pagi disebabkan perjalanan yang jauh dari Adna (Turki).

51 Kenderaan yang akan dipandu sukarelawan Algeria akan bergabung, begitu juga 10 kenderaan dari Tunisia dan akan ditambah lagi dari Jordan, negara-negara gulf dan lain-lain. Sukarelawan Indonesia juga sedang ditunggu kedatangannya, manakala 4 lagi sukarelawan Malaysia termasuk Dato' Dr Musa dan Dato' Adnan dari VPIM dijangka tiba esok.

Briefing mengenai pengurusan dan disiplin di tempat sukarelawan berkampung di kawasan bekas kem sementara Palestin berdekatan penempatan penduduk Palestin iaitu bernama Al-Idun di bandar Pelabuhan Latakya.

Semua sukarelawan membuat persiapan terakhir di sini sebelum menyeberangi laut Mediterranean ke pelabuhan al-Arish di Mesir. Di sini semua kenderaan akan di kemaskinikan dengan barangan perubatan yang akan dibawa melepasi mesir. Semua dokumentasi akan disiapkan di sini selepas sebahagian besar kenderaan melalui jalan yang kini sudah mencecah lebih kurang 4000km.

Semua sukarelawan sedang berdebar-debar menunggu sambil bermunajat kepada Allah (yang beragama Islam) agar laluan mudah diizinkan Allah untuk pihak berkuasa Mesir tidak membuat sebarang halangan. Para sukarelawan diminta sentiasa bersiap sedia dan kebenaran menaiki kapal akan tiba dalam jangkamasa yang tidak diduga. "Walaupun Latakya adalah tempat yang menarik, tetapi saya akan datang lagi kemudaian, untuk kali ini saya berharap kita akan meninggalkan tempat ini secepat mungkin menuju Gaza" kata Kavin Pengarah Konvoi.

Namun bagi sukarelawan Aqsa Syarif Malaysia, jika berkesempatan, mereka bercadang untuk melawat kem pelarian Palestin di sekitar Latakya Insya Allah. Mereka telah berkesempatan berjumpa beberapa petugas tempatan yang datang dari kem penempatan palestin di sini.

# Gambar menunjukkan sukarelawan Malaysia sedang bersarapan sambil berkenal-kenalan dengan sukarelawan Algeria yang baru turut bersama pagi ini dan bebeapa gambar di sekitar tempat penginapan di Latajya Syria.

2 comments:

  1. Tengok gambar tu makin cerah kulit Zin Kandar! heheheh. Norazmi.. ana nampak gitu gitu jugak... hahaha.

    Saja nak ngusik Zin.. hopefully dia senyum baca posting ana ni, nampaknya tak ada orang komen dalam blog ni pun. Seperti biasa, quiet spectator... :-).

    Selamat.... pergi dan pulang, ameen. Ws

    ReplyDelete
  2. Dato' Hj Mustafa, Assalamualaikum. Teruskan dengan gurau ceria yang mampu membuatkan kami tak kering gusi ... seolah-olah wajah akhie diskrin komputer ini. Jzkk. A2G

    ReplyDelete