Sunday 17 October 2010

Lagi ... Ahli Konvoi yang Di Halang ke Gaza


Brother Arshad dari United Kingdom adalah salah seorang yang disenaraikan oleh pihak Mesir untuk tidak dibenarkan berlayar dan mendarat di AL-Arish bersama sukarelawan konvoi ke Gaza.

Beliau adalah seorang ahli psikology dan mempunyai darah keturunan Pakistan. Ini adalah kali yang ketiga dia menyertai konvoi Viva Palestina. Kali ini dia diberi tanggunjawab sebagai salah seorang urusetia bahagian keselamatan disepanjang perjalanan dari London ke Syria. Ayah kepada 4 orang anak ini adalah seorang yang cekal dan berani dan akan berbuat apa saja termasuk menginfaqkan harta dan nyawanya untuk membantu rakyat Palestin yang telah menderita begitu lama.. Pada baju kot dan seluar yang dipakainya penuh dengan tandatangan dan kata-kata semangat dari ahli konvoi dan rakyat dari negara-negara yang dilalui oleh peserta misi ini. Pakain ini katanya akan diserahkannya kepada pemimpin digaza nanti jika dia dapat bersama ke Gaza. Dia merasa begitu sedih dan agak kecewa dengan tindakan pihak berkuasa Mesir kerana menjadi salah seorang mangsa dari 17 orang yang dinamakan itu. Walaupun begitu dia tetap bertekad untuk turut dalam kapal yang akan berlayar nanti.

2 comments: