Sunday 3 October 2010

Pelbagai Rencah di Konvoi Kemanusiaan


Alhamdulillah kini kami dah sampai ke Syria, dibandar pelabuhan Atakia. Perjalanan dari bandar Adana diTurki , memasuki sempadan Syria dan kebandar ini mengambil masa hampir 20 jam dan agak meletihkan Namun kami bersyukur kerana dapat sampai keperhentian terakhir sebelum belayar ke Al Arish di Mesir. Konvoi kami dari London dah dapat bertemu dengan konvoi dari Aljeria dan Tunisia. Masih menunggu ketibaan konvoi lain dari Jordan dan negara2 Teluk...

Pengalaman kami melalui negara2 eropah dan sekarang setelah memasuki negara Islam Turki dan Syria agak berbeza dari segi syuur dan bentuk sambutannya. Memang Islam mengajar umatnya supaya melayani tetamu dengan baik dan mereka membuktikannya kepada seluruh ahli konvoi yang datang kesini. Kami dapat tempat menginap dan urusan makan minum yang cukup baik dari mereka. Disepanjang jalan mereka melambaikan tangan dan turut mengibarkan bendera Palestin dan ada yang memberikan air minuman, buah2an dan bekalan makanan untuk kami menafaatkan untuk pemanduan yang jauh ini...Media massa memberi liputan yang cukup meluas dan sama2 memberikan tekanan kepada Isrel dan kerajaan Mesir supaya membenarkan seluruh kenderaan dan ahli konvoi memasuki Gaza tanpa halangan....
Ada dikalangan peserta non muslim dalam konvoi dah mula pandai memberi salam dan menggunakan kalimah2 mulia spt Alhamdulillah, masyaAllah, AllahuAkbar dll bila berjumpa dengan kami yang muslim dan penduduk tempatan yang datang menyambut ,Mereka semakin tertarik nak tahu tentang Islam dengan lebih mendalam dan semakin marah dengan media barat yang mencetuskan islamphobia selama ini....Doakan mereka diberi petunjuk oleh Allah SWT...

Tadi ada pelajar Indonesia bernama Zikrullah bersama isterinya datang mencari peserta konvoi dari Indonesia...katanya akan tiba hari ini dari Jakarta. Mereka mungkin ahli parlimen PKS , kata Zikrullah yang turut bersama dengan Ustaz Hasanudin dalam kapal Mavi Marmara mei lalu. Semasa kami di Ankara kami juga ada bertemu dengan warga Indon bernama Jamal yang telah berkawin dengan orang Turki dan kini menjadi guru bahasa arab disana..

Di Syria memang ramai orang Palestin yang telah lama tinggal disini sejak lebih 50 tahun yang lalu ,ada yang berasal dari Gaza, Westbank, ada dari Haifa dan banyak kawasan lain yang telah dirampas Israel...Mungkin besuk kami akan dibawa melawat kesalah satu kem pelarian yang terdapat dibandar Latakia ini....

Itu dulu dari kami di Latakia, Syria

Sama-sama kita doakan yang terbaik.....

Hormat dan salam kasihsayang untuk semua...

Dari,
Taufek
dan ahli-ahli konvoi A2G :Dr Zin (ketua misi Aqsa Syariff), Yusof, Azmi, Norazmi, Rofazlin, Abd wahab

****** mungkin cerita saya, dr zin, Azmi, blog aqsasyarif hampir sama.....harap tak menjemukan...


Assalamualaikum ...
Pertama kali dapat internet conn, alhamdulillah.
Memang sepanjang perjalanan VP5 dari London, France, Italy, Greece, Turki dan kini di Syria. Setiap bandaraya ada sambutan dan ada press con.
George Galloway senantiasa menyeru His Highness Pres Hosni Mubarak to allow the convoy into Gaza to delivery the Humanitarian Aids. We come in peace to bring in aids to people of Gaza and please allow us in.
Kenyataan yang sama di seru berulang kali oleh Kevin, Director of the VP5 disetiap kesempatan apabila bertemu dengan press.

Kami kini di Latakiah Syria untuk menaiki Feri ke Al-Arish Mesir, suatu pelayaran yang sama dilalui oleh Mavi Marmara. Setakat ini belum mendapat laluan ke Mesir lagi.

Teruskan usaha menghantar memorandum ini.
Sekian dulu.
Yusof

7 comments:

  1. Bermula dan berakhir dgn...jgn lupa...dakwah.

    ReplyDelete
  2. Salam~
    Sheikh Norazmi, dah ada ke yang sakit perut bila anta jadi driver? hehehehhe.

    Kami doakan antum semua selamat berjuang dan selamat pulang, ameen.

    Wsalam,
    Mustafa Kamal, ACT Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Salam~
    Pak Taufik, Pak Zin, Pak Yusuf, Pak Norazmi, Pak Abdul Wahab ... yang ana kenal secara peribadi.. dan Akhi Azmi dan AKhi Rofazlin... pohon doa antum .. insyaALlah ana juga akan ke... Palll...oppss salah eja... Pakistan dalam 3 minggu lagi. Banyak donator sumur Pak... :-). InyAllah udah ada 10 yang mau dilaksanakan. Memang hasrat hati mau ikut antum, tapi ana tak mampu dari segi kewangan dan terutama sekali masa. :-(.

    Wsalam, semuga selamat pulang, ameen.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum....

    Semoga perjuangan murni saudara diberkati Allah s.w.t

    Insya Allah agar dipermudahkan lagi perjalanan saudara semua untuk Islam.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    Kalian adalah pilihan Allah untuk ke "Tanah Suci" itu. Moga akan datang kami pula menjadi giliran.

    "Ya Allah, limpahi mereka dengan limpahan rahmat dan kasih sayangMu. Anugerahi mereka dengan ketabahan yang istimewa bersama keampunanMu. Ya Allah, hanya Engkau yang Maha mengetahui, maka takdirkanlah yang terbaik buat mereka. Sesungguhnya tidak sia-sialah atas setiap suatu yang Engkau Takdirkan"

    ALLAHU AKBAR!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, selamat berjihad membela gaza. Sokongan dan sambutan hangat di sepanjang perjalanan memberi kemenangan awal mengajak manusia seluruhnya memberi perhatian dan pembelaan kepada rakyat palestin dan mengutuk keras kekejaman zionis. Teruskan perjuangan saudara2 ku sekelian.

    Sampaikan salam saya dan seluruh warga Pernec kepada Sdra Yusof Ahmad. Pengorbanan sdra sangat hebat. Semoga diberkati Allah dan dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum
    1. Terima kasih di atas gurau ceria saudara-saudara. Menghiburkan hati kami yang jauh ni...

    2. Terima kasih di atas do'a dan rangsangan. Insya Allah do'a kami juga untuk anda semua.

    ReplyDelete