Friday 1 October 2010

Dari Bandar Peranginan Kayseri ke Adana






1. Bertolak dari Penginapan di Bukit Peranginan.
Selepas sarapan di hotel bukan bertaraf bintang tapi ok alhamdllh sbb kami ditempatkan 14 orang sebilik bersama aktivis Italy. Pemandangan di tapak hotel peranginan subhanallah menakjubkan dikelilingi bukit bukau dan gunung. Bas mengorak merentasi lereng2 bukit dan melalui kolej di mana as Syahid Furqan Dogan pelajar belajar dan bila kami melalui hapan kolej tersebut, pelajar-pelajar kolej yang memegang gambar-gambar asyyahid melambai-lambai kami.

2. Ziarah Kubur Syuhada' Furqan Dogan
Peserta-peserta konvoi terus dibawa dengan bas ke pusat bandar menuruni bukit bagi mengambil kenderaan masing-masing. Dengan kenderaan masing-masing, kemi menuju ke tanah perkuburan yg menempatkan salah seorang syuhada' mavi marmara iaitu assyahid Furqan Dogan. Suasana sayu menyelubungi kami dan beberapa ucapan mengenai as-syahid diulas. Antaranya adalah ucapan Kevin (ketua konvoi), Carol (urusetia konvoi), Br Musa (New Zealend), Syekh Muhammad Idris (France) dan ucapan Dr M Zin yang menyebut bahawa Rakyat Malaysia tidak dapat menerima kekejaman tentera zionis ke atas aktivis Mavi Marmara sehingga mengorbankan 9 nyawa termasuk as syahid Furqan. Rakyat Malaysia bangun menentang kejadian itu dengan mengadakan tunjuk perasaan di KL pada hari yang sama. Rakyat Malaysia akan terus menyokong dan bekerjasama dengan mana-mana badan nasional dan international bagi memastikan hak rakyat Palestin dikembalikan. Seterusnya Dr Zin walaubanagiamapun mengulas bahawa kematian sdr Furqan adalah suatu penghargaan Allah kepada IHH & Rakyat Turki sebagai bukti ukhuwwah dan kebersamaan rakyat turki di dalam perjuangan membebaskan Palestin. Seterusnya do'a dibaca oleh orang tempatan.

Sebaik tamat ziarah kubur, diterima panggilan dari IKIM.fm sebagai siri laporan konvoi. Antara yang dilaporkan selain progress perjalanan ialah isu pengorbanan berkaitan perjuangan Palestin. Antara lain ialah menyebutkan bahawa dalam misi ini, sukarelawan Aqsa Syarif membawa sumbangan rakyat Malaysia dalam bentuk pembelian van dan ubat-ubatan yang sedang di bawa oleh para sukarelawan untuk diserahkan kepada penduduk Gaza.

3. Lawatan ke Galeri Furqan Dogan
Konvoi kemudian menuju ke Galeri Furqan Dogan bagi menemui keluarga beliau. Para sukarelawan berkesempatan menemui dan beramah mesra dengan ahli keluarga Furqan dan penduduk setempat.

4. Perjalanan menempuh Bukit Bukau yang Memukau.
Perjalanan ke selatan Turki menuju bandar Adana yang terletak sekitar 100km ke sempadan Syria. Perjalanan sepanjang 320km merentasi terowong dan bukit bukau yang memukau pemandangan. Di laluan ini juga merupakan kawasan ladang yang luas yang menggambarkan kesuburan bumi dan keberkatan rezeki dari Allah SWT untuk penduduk Turki.

5. Sambutan juga mengharukan.
Sekitar 5km dari pusat bandar Adana, kami sudah disambut dengan puluhan pelbagai lapisan masyarakat Turki. Kemudian kami diiring mereka dan Polis Peronda ke sebuah pusat sukan dan di sini sambutan lebih hebat beserta laungan takbir dan tauhid serta semangat perjuangan Palestin oleh remaja dan pendokong IHH.

Kami bermalam di pusat sukan malam ini.

1 comment: